PENGENDAP

Friday, 27 December 2013

..:: DETIK DAN KETIKA::..

Suasana : di ambang tahun baru
Mood : debaran
Warna : Jingga
Kata-kata : Cinta jangan diharap biar ia hadir tanpa dirancang...

Memang benar janji Allah itu pasti...
Berlari lah kita dihujung dunia hinggakan tiada seseorang pown yang akan mengenali dan memahami kita...

Namun itu bukan cara penyelesaian...

Kembalinya dengan satu harapan iaitu membina masjid untuk menambahkan umat Nabi Muhammad ini di bumi Allah.

Pelbagai dugaan...
Pelbagai cabaran...
Pelbagai tomahan...

Itu bukan penghalang untuk meneruskan hasrat menjadi dirinya terbaek...

Jika dihitungkan kelemahan kita dan dicongak kelebihan dia...

Terhasil satu jawapan adalah
" KESEMPURNAAN"

Indah betul takdir yang diatur kemas...
Di susun rapi...

Pastikan semua mahukan yang terbaek dari yang terbaek...

JanjiNya adalah pasti..

InsyaAllah doakan yang terbaek...
Moga setiap dirancang berjalan lancar...


Saturday, 21 December 2013

..::KEBAHAGIAN YANG TERTUNDA::..

Feel : Cinta terlepas
Lagu : Salahkan - Hafiz feat Rossa
Hari : Terakhir

Hari ini,

bila anda mempersoal 'kenapa' tentang seseorang yang dilihat marah pada sesuatu keadaan, satu hari nanti anda juga akan mengerti apa makna disebalik 'kebahagiaan'

Anda belum melalui. Mungkin juga masih belum sakit lalui hidup.

Anda belum pernah merasai bagaimana,

anda belum hadap situasi keadaan yang terbentang ini kejam bagai nak gila,

dan apabila anda dihadapkan dengan itu dan ini tentang hidup, saya percaya anda juga akan bersedih seperti mana saya.

Anda akan bersedih bila anda ingin menggapai pohon, tapi tidak sampai. Anda hanya ditempat anda dimana melihat dari jauh semakin tingginya pohon. Bila anda sudah sedikit tinggi tanpa perlu anda sendiri menggapai, anda hanya mampu pegang walau pada niat awalnya pohon itu adalah pohon yang ingin anda miliki.

Tapi sayang sekali. Yang anda pegang itu, dimana anda rasa itu kebahagiaan anda, tak diizin pula oleh orang lain hanya kerana sifat bersih manusia yang ada pada hari ini tinggal sisa.

Orang lain itu bukan dari orang yang melahirkan anda, bukan dari keluarga kebahagiaan anda, tapi dari akar dan benih yang sama membentuk jalinan terbesar sekarang.

Apakah anda harus diam melihat dan mengizinkan kebahagiaan anda sendiri itu tenggelam?

Apakah anda hanya biar tanpa anda sendiri pertahankan sesuatu yang dipanggil Hak Anda?

Apakah anda harus membiarkan orang lain mencampuri urusan anda?

Apakah anda harus biar bila diri anda dijadikan subjek untuk dipersalahkan oleh manusia lain?

Ya, kita harus menghormati orang yang lebih tua.

Tapi mana batas menghormati antara manusia, yang terjalin sekarang?

Sungguhpun nanti pada masa yang lain anda berjaya melintasi lingkaran tanpa halangan orang lain mengenai kebahagiaan anda, saya ingin sekali mengingatkan. Hidup ini jalannya panjang.

Hidup ini tidak selesai hanya selepas akad nikah. Hidup ini tidak selesai hanya selepas kita lahirkan zuriat. Malah hidup ini tidak selesai hingga dunia ini belum dimatikan.

Satu hari nanti,

Jiwa anda akan menjerit kerana 'mahu' tapi tak mampu.

Satu hari nanti,

Hati anda akan pedih hanya kerana tak terdaya.

Satu hari nanti juga,

Roh dan jasad anda juga akan mati dengan perasaan ingin tahu.

Anda akan memahami makna hidup bila anda ingin mencari kebahagiaan,

Anda akan memahami hidup bila anda sudah punyai zuriat,

Dan anda akan menerima kejadian hidup (karma), apabila anda mengejar waktu.

Hidup ini dihidupkan untuk adil.

Dan ya, Saya yakin dengan setiap ketentuan.

Bukan seperti anda, yang sibuk membicarakan sesuatu yang telah ditentukan.

Copy&paste : BSA



Wednesday, 27 November 2013

...::PUTARAN MASA::...

Waktu : 11:30 pm
Warna : kuning
Perasaan : mencari kelemahan diri
Mood : berserah
Cinta : bayang-bayang

Sesuatu yang dulunya kita disahut...
Yang dulunya kita dipuja...
Kita di update setiap ketika...

Tapi pabila semua kenikmatan itu semua hilang terasa sgt tidak dihargai itu wujud...

Maaf
Jika setiap soalan yang dipersoalkan itu tak mampu diberi jawapan yang pasti...
Sememangnya aku hanya mampu merancang sekali pown untuk 10 tahun ke hadapan...
Namun menentukan bersahihan setiap perancangn itu ada Allah taala.

Jika hanya memori membuat kita bermusuh aku snggup lupakan biar ia hanyut semampunya syukur aku dapat tatapi kebahagian kalian dengan kerahan kesungguhan yang terbina dari erti keikhlasan sejati...

SAHABAT
CINTA
KERJAYA
KELUARGA

Dimana yang harus engkau utama...
Tak perlu malu jika kita dilihatkan seorang yang gagal dalam percaturan percintaan...

Asalkan engkau mampu dilihat sebagai insan berjaya dalam membina kerjaya dari erti kesabaran dan ketekunan...


Wednesday, 13 November 2013

..::KURANG AKU DIMANA?::..

Lagu : fran- sekadar dipinggiran
Perasaan : malu pada diri sndiri
Warna : putih
Madah : tiada cinta yang sejati kecuali cinta pada ilahi

Sedia maklum semua...
aku tulis blog untuk luahan kesedihan...
Kalau bukan pasal kesedihan bukan blog "CARI DALAM HILANG" namanya..

Aku selalu rasa terasing tak tahu mungkin perasaan aku or memang sedia maklum layan pada aku boleh nampak berbezaanya...

Kecik-kecik dulu waktu  aku sekolah aku teringin sangat nk tuisyen bahasa inggeris...
Sebab apa...sebab bahasa inggeris aku nihh macam hampeh...
Tapi mak abah xbagi sebab depa ckp membaziaq.
Tapi time kakak2 aku dulu aku ingat lagi abah siap antaq n ambk lagi kak antaq tuisyen kt aloq staq...
Time adik aku pown mak suoh tuisyen subjek dia lemah...
Beruntungnya dia...

Tapi time aku...peluang kat aku terbatas...
Boleh meleleh jugak ayaq mata aku bila perbandingan aku dibuat sgt ketara...
Skang aku hanya mampu bekerja terdekat saja sebab terbatas abah xbagi aku p jauh2...

Ingat lagi adik aku study kulim tiap2 minggu mak abah boleh ja susah payah masuk duit kt dia takut anak lelaki sowang tu xmakan...

Time aku study kt perak dulu bkn maen susah aku nk dptkan duit belanja bulan2... nak balik kerap2 pown xleh sbb nak jimat...
Sampaikan aku terpaksa berpindah ke kedah moga aku xrsa susah makan meggi time study dulu...

Stay study di kedah...
Aku terpaksa tumpang kak yg kerja berdekatan tuk p kelas...
Cukup 1 sem aku belikan moto dekat kakak aku sendiri dengan duit ptptn aku sndiri... rm1600 aku ingt lagi..
Kenapa terlalu berkira sgt dengan aku...

Sedangkan adik aku sekarang g kelas dengan moto kakak aku tanpa mintak sesen pown... roodtax pown mak abah bayarkan sedang aku time stady aku himpun duit aku sndiri tuk renew roodtax buat lesen dgn titik peluh aku sndiri...

Aku beli leptop dengan titik peluh ptptn aku sem 3... tgk sem 3 aku baru ada leptop sendiri... sem 1 aku bayar hutang abah bayar duit yuran ngaji poly aku.. sem 2 aku beli moto kat kak aku... tapi sedihnya leptop aku kna curi time adik aku pinjam pkai study kt poly...aku xmintak sesen pown untuk diganti just mntk diingati sja aku tak penah nak mengungkit macam ampa smua buat kat aku...

Perbandingan yang paling ketara bila aku dah bekerja...
Memang aku tak bekerja sehebat kakak-kakak aku...
Smua qeja gomen bagai...
Abah dah nampak la sapa yang bawa tuah pada dia...maybe...

Tapi apa salah aku...
Apa kurang aku...
Kenapa sampai macam nihh sekali ampa nak banding2kan aku...
Aku tolong guna tudrat aku sedaya mungkin tuk senangkan ampa...
Ampa mmg tak nampk semua tu maybe semua tu xdak bawa untung apa2...

Tapi turn aku nanti mampu ka ampa nk balas macam tu?

Terima kasih jadikan aku norain yang sekarang...
Kalau aku tak dilayan mcam tu maybe aku tak akan sekuat sekarang...

Cukup lah setakat nihh saja luahan aku...

Mohon seribu kemaafan wahai kakak-kakakku...adikku...mak dan abah...
Maybe noain tak mampu jadi macamne yang diharapkan...

Peace...don't cry...


Sunday, 3 November 2013

...:::SAMPAI BILA:::...

Masa : 4:52 PM
Hari : Jumaat (penghulu disegala hari)
OST : Cinta Jangan Pergi



Salam petang...
Mood petang nihh nk story pasal artis...
Sure tak smua penah tengok drama "Cinta Jangan Pergi"
Aku sebenarnya bangga dengan pelakon2 utama dlm story tu..
Remy Ishak dan tizz zakiaq...

Waktu cite tu dowk maen kat tv... depa dah break ok...
yang bestnya dalam story tu depa belakon sweet couple sgt2..
aku pown heran macamne depa leh berdepan dengan sikap masing2 than kawal emosi masing2...
so profesional kowt...

remy ishak memang favorite actor aku ok...
gila kacak and macho sangat bila die belakon dalam mana2 drama and filem...
satu lagi die memang muka asli gila... HERO MALAYA OK!!!

Aku rasa aku dah memang gilakan remy ishak nihh tahap gaban dah...
hahahahahaha...

aku korang minat Tizz Zakiah aku minat Remy Ishak tak salah kan...
so baru fair kan....

tengok la....siyes macho GILAAAAA.....




 Buat tidur lena dibuai mimpi lahhh....jangan jeles wehhh...
hahahahahaha...



Sunday, 27 October 2013

...:::MUDAHNYA HILANGKAN:::...

Lagu : Astrid - mendua
Madah : Wajarkah dikenang benda yang sudah tiada?
Masa : 10:54 pm
Hari : Malam Ahad
Mood : Mati mood


Umpama pecahkan perut dari tingkat lima...
Macam tu hati aku pecah bila taw cincin yang ber tarikh 27/7/2011 di hilangkan dengan kelalaian dan kecuaian yang lahir pada manusia sejak azali...
Rebuk hati bila taw kisah yang hanya bila dikenang menyakiti hati sendiri....
Mampukah aku mempositifkan akal fikiranku dengan keindahan atau yang hadir itu adalah negatif yang memusnahkan...

Dengan cincin itu sahaja aku mampu membaca isi hatinya...
Dengan cincin itu sahaja aku mampu positifkan segala tanggapan negatifku...
Dengan cincin itu sahaja aku mampu mengetahui siapa aku padanya...

Tapi pabila dihilangkan...semua musnah...

Positifkan dirimu Norain...
Mungkin semua itu hikmah...
Dia hilangkan ditempat yang baek...
Mungkin bakal diganti baru di tempat sebaek itu jugak...

Insyallah...
Aku akan cuba positifkan cinta hati aku ini..
Banyak lagi yang aku perlu selama diri untuk kenal identiti untuk menjadi terbaek.

Aku tak mahu terus hanyut dengan harapan2 palsu...
Semampunya aku harus redha dengan aturan yang sempurna...
Jika ini untuk menguji aku agar lebih menghargai...

Teruskan dengan positif...
Aku tak seharusnya kalah..
Tak perlu semua itu untuk aku membaca isi hatinya...
Yang aku perlu keyakinan yakni akan memberi semangat untuk aku hidup lebih hargai...


Selamat tinggal sebentuk cincin...