PENGENDAP

Friday 27 December 2013

..:: DETIK DAN KETIKA::..

Suasana : di ambang tahun baru
Mood : debaran
Warna : Jingga
Kata-kata : Cinta jangan diharap biar ia hadir tanpa dirancang...

Memang benar janji Allah itu pasti...
Berlari lah kita dihujung dunia hinggakan tiada seseorang pown yang akan mengenali dan memahami kita...

Namun itu bukan cara penyelesaian...

Kembalinya dengan satu harapan iaitu membina masjid untuk menambahkan umat Nabi Muhammad ini di bumi Allah.

Pelbagai dugaan...
Pelbagai cabaran...
Pelbagai tomahan...

Itu bukan penghalang untuk meneruskan hasrat menjadi dirinya terbaek...

Jika dihitungkan kelemahan kita dan dicongak kelebihan dia...

Terhasil satu jawapan adalah
" KESEMPURNAAN"

Indah betul takdir yang diatur kemas...
Di susun rapi...

Pastikan semua mahukan yang terbaek dari yang terbaek...

JanjiNya adalah pasti..

InsyaAllah doakan yang terbaek...
Moga setiap dirancang berjalan lancar...


Saturday 21 December 2013

..::KEBAHAGIAN YANG TERTUNDA::..

Feel : Cinta terlepas
Lagu : Salahkan - Hafiz feat Rossa
Hari : Terakhir

Hari ini,

bila anda mempersoal 'kenapa' tentang seseorang yang dilihat marah pada sesuatu keadaan, satu hari nanti anda juga akan mengerti apa makna disebalik 'kebahagiaan'

Anda belum melalui. Mungkin juga masih belum sakit lalui hidup.

Anda belum pernah merasai bagaimana,

anda belum hadap situasi keadaan yang terbentang ini kejam bagai nak gila,

dan apabila anda dihadapkan dengan itu dan ini tentang hidup, saya percaya anda juga akan bersedih seperti mana saya.

Anda akan bersedih bila anda ingin menggapai pohon, tapi tidak sampai. Anda hanya ditempat anda dimana melihat dari jauh semakin tingginya pohon. Bila anda sudah sedikit tinggi tanpa perlu anda sendiri menggapai, anda hanya mampu pegang walau pada niat awalnya pohon itu adalah pohon yang ingin anda miliki.

Tapi sayang sekali. Yang anda pegang itu, dimana anda rasa itu kebahagiaan anda, tak diizin pula oleh orang lain hanya kerana sifat bersih manusia yang ada pada hari ini tinggal sisa.

Orang lain itu bukan dari orang yang melahirkan anda, bukan dari keluarga kebahagiaan anda, tapi dari akar dan benih yang sama membentuk jalinan terbesar sekarang.

Apakah anda harus diam melihat dan mengizinkan kebahagiaan anda sendiri itu tenggelam?

Apakah anda hanya biar tanpa anda sendiri pertahankan sesuatu yang dipanggil Hak Anda?

Apakah anda harus membiarkan orang lain mencampuri urusan anda?

Apakah anda harus biar bila diri anda dijadikan subjek untuk dipersalahkan oleh manusia lain?

Ya, kita harus menghormati orang yang lebih tua.

Tapi mana batas menghormati antara manusia, yang terjalin sekarang?

Sungguhpun nanti pada masa yang lain anda berjaya melintasi lingkaran tanpa halangan orang lain mengenai kebahagiaan anda, saya ingin sekali mengingatkan. Hidup ini jalannya panjang.

Hidup ini tidak selesai hanya selepas akad nikah. Hidup ini tidak selesai hanya selepas kita lahirkan zuriat. Malah hidup ini tidak selesai hingga dunia ini belum dimatikan.

Satu hari nanti,

Jiwa anda akan menjerit kerana 'mahu' tapi tak mampu.

Satu hari nanti,

Hati anda akan pedih hanya kerana tak terdaya.

Satu hari nanti juga,

Roh dan jasad anda juga akan mati dengan perasaan ingin tahu.

Anda akan memahami makna hidup bila anda ingin mencari kebahagiaan,

Anda akan memahami hidup bila anda sudah punyai zuriat,

Dan anda akan menerima kejadian hidup (karma), apabila anda mengejar waktu.

Hidup ini dihidupkan untuk adil.

Dan ya, Saya yakin dengan setiap ketentuan.

Bukan seperti anda, yang sibuk membicarakan sesuatu yang telah ditentukan.

Copy&paste : BSA



Wednesday 27 November 2013

...::PUTARAN MASA::...

Waktu : 11:30 pm
Warna : kuning
Perasaan : mencari kelemahan diri
Mood : berserah
Cinta : bayang-bayang

Sesuatu yang dulunya kita disahut...
Yang dulunya kita dipuja...
Kita di update setiap ketika...

Tapi pabila semua kenikmatan itu semua hilang terasa sgt tidak dihargai itu wujud...

Maaf
Jika setiap soalan yang dipersoalkan itu tak mampu diberi jawapan yang pasti...
Sememangnya aku hanya mampu merancang sekali pown untuk 10 tahun ke hadapan...
Namun menentukan bersahihan setiap perancangn itu ada Allah taala.

Jika hanya memori membuat kita bermusuh aku snggup lupakan biar ia hanyut semampunya syukur aku dapat tatapi kebahagian kalian dengan kerahan kesungguhan yang terbina dari erti keikhlasan sejati...

SAHABAT
CINTA
KERJAYA
KELUARGA

Dimana yang harus engkau utama...
Tak perlu malu jika kita dilihatkan seorang yang gagal dalam percaturan percintaan...

Asalkan engkau mampu dilihat sebagai insan berjaya dalam membina kerjaya dari erti kesabaran dan ketekunan...


Wednesday 13 November 2013

..::KURANG AKU DIMANA?::..

Lagu : fran- sekadar dipinggiran
Perasaan : malu pada diri sndiri
Warna : putih
Madah : tiada cinta yang sejati kecuali cinta pada ilahi

Sedia maklum semua...
aku tulis blog untuk luahan kesedihan...
Kalau bukan pasal kesedihan bukan blog "CARI DALAM HILANG" namanya..

Aku selalu rasa terasing tak tahu mungkin perasaan aku or memang sedia maklum layan pada aku boleh nampak berbezaanya...

Kecik-kecik dulu waktu  aku sekolah aku teringin sangat nk tuisyen bahasa inggeris...
Sebab apa...sebab bahasa inggeris aku nihh macam hampeh...
Tapi mak abah xbagi sebab depa ckp membaziaq.
Tapi time kakak2 aku dulu aku ingat lagi abah siap antaq n ambk lagi kak antaq tuisyen kt aloq staq...
Time adik aku pown mak suoh tuisyen subjek dia lemah...
Beruntungnya dia...

Tapi time aku...peluang kat aku terbatas...
Boleh meleleh jugak ayaq mata aku bila perbandingan aku dibuat sgt ketara...
Skang aku hanya mampu bekerja terdekat saja sebab terbatas abah xbagi aku p jauh2...

Ingat lagi adik aku study kulim tiap2 minggu mak abah boleh ja susah payah masuk duit kt dia takut anak lelaki sowang tu xmakan...

Time aku study kt perak dulu bkn maen susah aku nk dptkan duit belanja bulan2... nak balik kerap2 pown xleh sbb nak jimat...
Sampaikan aku terpaksa berpindah ke kedah moga aku xrsa susah makan meggi time study dulu...

Stay study di kedah...
Aku terpaksa tumpang kak yg kerja berdekatan tuk p kelas...
Cukup 1 sem aku belikan moto dekat kakak aku sendiri dengan duit ptptn aku sndiri... rm1600 aku ingt lagi..
Kenapa terlalu berkira sgt dengan aku...

Sedangkan adik aku sekarang g kelas dengan moto kakak aku tanpa mintak sesen pown... roodtax pown mak abah bayarkan sedang aku time stady aku himpun duit aku sndiri tuk renew roodtax buat lesen dgn titik peluh aku sndiri...

Aku beli leptop dengan titik peluh ptptn aku sem 3... tgk sem 3 aku baru ada leptop sendiri... sem 1 aku bayar hutang abah bayar duit yuran ngaji poly aku.. sem 2 aku beli moto kat kak aku... tapi sedihnya leptop aku kna curi time adik aku pinjam pkai study kt poly...aku xmintak sesen pown untuk diganti just mntk diingati sja aku tak penah nak mengungkit macam ampa smua buat kat aku...

Perbandingan yang paling ketara bila aku dah bekerja...
Memang aku tak bekerja sehebat kakak-kakak aku...
Smua qeja gomen bagai...
Abah dah nampak la sapa yang bawa tuah pada dia...maybe...

Tapi apa salah aku...
Apa kurang aku...
Kenapa sampai macam nihh sekali ampa nak banding2kan aku...
Aku tolong guna tudrat aku sedaya mungkin tuk senangkan ampa...
Ampa mmg tak nampk semua tu maybe semua tu xdak bawa untung apa2...

Tapi turn aku nanti mampu ka ampa nk balas macam tu?

Terima kasih jadikan aku norain yang sekarang...
Kalau aku tak dilayan mcam tu maybe aku tak akan sekuat sekarang...

Cukup lah setakat nihh saja luahan aku...

Mohon seribu kemaafan wahai kakak-kakakku...adikku...mak dan abah...
Maybe noain tak mampu jadi macamne yang diharapkan...

Peace...don't cry...


Sunday 3 November 2013

...:::SAMPAI BILA:::...

Masa : 4:52 PM
Hari : Jumaat (penghulu disegala hari)
OST : Cinta Jangan Pergi



Salam petang...
Mood petang nihh nk story pasal artis...
Sure tak smua penah tengok drama "Cinta Jangan Pergi"
Aku sebenarnya bangga dengan pelakon2 utama dlm story tu..
Remy Ishak dan tizz zakiaq...

Waktu cite tu dowk maen kat tv... depa dah break ok...
yang bestnya dalam story tu depa belakon sweet couple sgt2..
aku pown heran macamne depa leh berdepan dengan sikap masing2 than kawal emosi masing2...
so profesional kowt...

remy ishak memang favorite actor aku ok...
gila kacak and macho sangat bila die belakon dalam mana2 drama and filem...
satu lagi die memang muka asli gila... HERO MALAYA OK!!!

Aku rasa aku dah memang gilakan remy ishak nihh tahap gaban dah...
hahahahahaha...

aku korang minat Tizz Zakiah aku minat Remy Ishak tak salah kan...
so baru fair kan....

tengok la....siyes macho GILAAAAA.....




 Buat tidur lena dibuai mimpi lahhh....jangan jeles wehhh...
hahahahahaha...



Sunday 27 October 2013

...:::MUDAHNYA HILANGKAN:::...

Lagu : Astrid - mendua
Madah : Wajarkah dikenang benda yang sudah tiada?
Masa : 10:54 pm
Hari : Malam Ahad
Mood : Mati mood


Umpama pecahkan perut dari tingkat lima...
Macam tu hati aku pecah bila taw cincin yang ber tarikh 27/7/2011 di hilangkan dengan kelalaian dan kecuaian yang lahir pada manusia sejak azali...
Rebuk hati bila taw kisah yang hanya bila dikenang menyakiti hati sendiri....
Mampukah aku mempositifkan akal fikiranku dengan keindahan atau yang hadir itu adalah negatif yang memusnahkan...

Dengan cincin itu sahaja aku mampu membaca isi hatinya...
Dengan cincin itu sahaja aku mampu positifkan segala tanggapan negatifku...
Dengan cincin itu sahaja aku mampu mengetahui siapa aku padanya...

Tapi pabila dihilangkan...semua musnah...

Positifkan dirimu Norain...
Mungkin semua itu hikmah...
Dia hilangkan ditempat yang baek...
Mungkin bakal diganti baru di tempat sebaek itu jugak...

Insyallah...
Aku akan cuba positifkan cinta hati aku ini..
Banyak lagi yang aku perlu selama diri untuk kenal identiti untuk menjadi terbaek.

Aku tak mahu terus hanyut dengan harapan2 palsu...
Semampunya aku harus redha dengan aturan yang sempurna...
Jika ini untuk menguji aku agar lebih menghargai...

Teruskan dengan positif...
Aku tak seharusnya kalah..
Tak perlu semua itu untuk aku membaca isi hatinya...
Yang aku perlu keyakinan yakni akan memberi semangat untuk aku hidup lebih hargai...


Selamat tinggal sebentuk cincin...

Tuesday 15 October 2013

...:::INDAHNYA SATU PENGORBANAN:::...

Saat berderai jatuh
Titisan air mata suci IBRAHIM
Melihat keteguhan iman anaknya ISMAIL
Dikala itulah bermulanya sejarah agung
Erti sebuah PENGORBANAN.

Assalamualaikum...
15 oktober 2013
Aidiladha disambut dengan penuh sederhana walaupown mendapat cuti yang panjang...

Saat ini bersamalah kita beristiqamah untung mengenangkan peristiwa Nabi Ibrahim yang dikala ini diuji antara kasih sayangnya kepada putranya Nabi Ismail dan ketaatannya pada Allah taala...

Dikala ini Iman Ismail diuji dan pergorbanan Ibrahim dijadikan contoh yang bermakna disekalian umat islam seluruhnya...

Teramat lah kedil bagiku untuk dibandingkan dimanakah pergorbanan yang aku lahirkan...
Pernahkah aku lakukan pergorbanan untuk membahagiakan kedua ibu-bapaku..

Lautan yang dalam hanya indah dilihat pada insan yang sabar menyelam...
Bagikan yang melihatnya pada dasar tak mampu merasai nikmat kedalam suatu kedalam lautan itu...

Aku hanya mampu korbankan perasaan...
Untuk kamu mencari kebahagian...
Semampunya aku redha...

Syukur Ya Allah...
Jika diberi pilih antara dia dan mereka...
Aku akan pilih mereka...
Sesungguhnya perancanganNya amat rapi untuk kebahagiaan hambaNya...

Kesederhanaan itu dituntut...jauhlah aku dari ketakburan keindahan yang Dia beri...
Moga aku tidak sesat dan hanyut mencari duniawi...

...di saat kita ingin melepaskan seseorang.
Ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dahulu.
Di saat kita tidak merinduinya...
...ingatlah...
...saat kali pertama kita melafazkan cinta padanya...
Di saat kita mulai bosan dengannya...
...ingatlah...
...saat-saat indah kita bersamanya.

Wassalam...


Sunday 13 October 2013

...:::JUJURLAH SAYANG!!! AKU TAK MENGAPA!!!:::...

Filem : Insidious Chapter 2
Mood : Fly
Hamka : Berhenti berharap pada manusia, teruslah berharap pada Allah taala
Jam : 11.47 PM
Warna Hitam : Dark spirit



Salam Ahad...
Jujurlah sayang aku tak mengapa....
Jika kau berhak disayangi insan laen lebih dariku...
aku redha....

Hari nie umo aku 25 tahun 13 hari...
Hadiah terindah sejak persahabatan yang alhamdulillah siraturahim kami masih terjalin...
SITI AISYAH BINTI MAJID...
sejak aku kenal dari FORM 4...

First meet aku dengan aisyah...
die budak KL... cakap tu ke..ke..ee..ee.. la kat belakang...
yang aku heran...
die dowk kedah dekat lebih 5 tahun tapi lonqat KEDAH still xlekat lagi...
cakap dengan aku ke..ke..ee..ee..jgk..
sekang die NURSE kat HKL...
tiap kali jumpa tetap mesra macam dulu...die paling paam aku...

yang bestnya sekang kami masing2 tak pecaya the true LOVE..
aisyah cakap die tunggu aku kawin dulu baru die nak kawin...
makcik oii...klu ang tnggu aku maka anak dara tua la ang makcik...

Syukur Ya Allah..
if xdak apa yang aku nak mengharapkan lagi...
cukuplah aku tahu KAWAN-KAWAN aku and FAMILY aku tetap sayangkan aku and CARE kat aku....
aku tak kisah kalau die dah jumpa TRUE LOVE yang betul2 sayangkan die...
JUJUR aku ok....
asal die bahagia...
memang dia tak pernah cakap...
tapi cukuplah aku tahu ada orang SAYANG kamu...

hari nihh aku dapat HADIAH...
first hadiah untuk besday aku tahun nihh..
dah la kek buat sendiri...
tak tahu lah dijamaah aku sekadar jadi hidangan KUCING JIRAN ja...
aisyah bagi plet yang die design sendiri...
terharu jugak aku tengok..
die tak penah lupa besday aku...
THANX MAKCIK MUCUK!!!!

aku try follow prinsip ang okehhh....
jangan mencari cinta...
biar jodoh itu hadir...
BUCUK2 aku..
ang lah yang selalu paam aku...

tu antara story BFF aku yang aku paling sayang...
BFF aku ada 3 semuanya taw...
NURUL NADIA....
NOR SYAHIDA....
SITI AISYAH....
next time kalau aku sempat..aku story pengai makcik nihh sowang-sowang..

THE END

Saturday 12 October 2013

...:: UMUR SAYA 25 TAHUN 11 HARI ENCIK::...

Masa : Hari First Cuti RAYA HAJI
Mood : Mencari kesimpulan
Suasana : Hujan Lebat di luar
Lagu : One Direction - One way Or another

Kisahnya...
Hampa ingat lagik yang kisah aku dalam entry "AKU NAK JADI POLIS"?
aku tarik balik ayat tu sebab aku xsuka polisssssssss.......

Hari JUMAAT...
rehat memang panjang.... window shopping mmg rutin tiap hari jumaat bagi aku dengan office mate aku...
Dengan senang aty aku ofer jom kita p ANEKA aku drive...
OTW ke sana aku pakai jalan shot cut dgn bangga and perangai suka redah aku...
aku langgaq lampu merah sekali ayat yang keluaq dari mulut aku..."ADA AKU KESAH"
hahahahaha..

ANA kawan aku tekejut..
ain nihh memang suka buat pala...
selang beberapa saat aku masuk simpang ke aneka...
TIBA-TIBA...
OMG...ambik hang noain...(dalam hati)
2 biji moto polis potong belah kanan bagi isyarat suruh aku berhenti tepi..

masing-masing muka kecut macam nampak hantu...
apa aku dah buat nihh...
ATIQAH dengan spontan bagi petua kt aku baca surah ALAM NASROH..
dengan pantas surah tu aku baca dalam hati...
aku prepare ic n lesen yg baru aku renew 2 ari lepas sedia ditangan aku..

PART yang aku benci...
kena beletiaq dengan POLIS tu dekat setengah jam...

POLIS : kenapa langgar lampu merah? dengan tali pinggan tak pakai...
AKU : maaf cik..saya rushing td... (tunduk pala buat muka kesian)
POLIS : awak taw salah semua tu... UMO berapa???
AKU : 25 tahun 11 hari cik...
POLIS : tua dah..bukan kanak2 rebina lagi saya nak lecture kamu semua nihh...siap kamu sowang seratus saya saman nihh maw semua rm 300 kena..
AKU : saya mintak maaf cik..nihh first time saya buat.. (dalam aty sabar ain jgn melenting lagi)
POLIS : nombor keta bape?
(aksi nihh yang paling aku benci...dia buat2 tulis saman padahal die tulis kat kertas kosong ja...aku waktu tu dengan takut jantung nak luruh dengan mana duit aku nak cekaw klu kna 3rat...)
POLIS : nombor fon berapa??
 (hampehhhhh...die belakon ja wehhh)
AKU : 013....emmmm...017...haaa..&%!%&^%@&^%
(aku xtaw aku bagi nombot sapa mmg time tu takut...geram...semua ada)

polis tu belah macam tu lepas aku bagi nombot fon TIPU kat die...
selamat 3rat aku...

Moral dalam story nihh...
kalau awal2 aku melenting marah polis kes bagi ceramah panjang lebaq kt aku sure aku buta2 kna saman...

video nihh aku just nak open minda ampa...
lihat dan nilai...
aku dah ada pengalaman polis xmintak duit tuk rasuah tapi mintak nombor fon aku...



Thursday 3 October 2013

..::FIRST MEET::..

Masa : 12:37 am
Tarikh : 2hari lepas besday aku
Mood : strong!!!
Motivasi : what you give, you get back.
First meet...
Perjumpaan pertama...
Aku wt story line nihh adalah tanda penghargaan aku dekat seorang sahabat yang aku xsangka dia hadir wujud 1 kekuatan tuk aku terus mnghargai idup aku sebagai insan yang tak pernah dihargai...
First day
Aku jmpa mamat kerek nihh kat parking kete dengan suka hati dia udur konon kete dia paling besar dgn xtgk belakang pastu wt lembab plak...
Dah la time tu aku lapaq gila...
Tunggu ingt aku nk sabaq sgt...
PONNN!!! PONNNN!!!
nehh ambk hang...aku hong....
Lagi die wt lembab...
Die xprasan ke aku dowk tggu kt blakang...
Trus die tekan minyak laju jer blah wt muka kerek yang langsung tak asa bersalah...
Malam first day...
Aku kuaq dinner dgn family aku... mak teringin steambot...
Akak aku bwak la mkn kat area jalan tok keramat...
Melantak byk jgk la aku time tu...
Tgh boring tggu kak aku lagi sowang smpai aku try2 la qodek bnda alah yg aku bru download nihh...
WEECHAT nmanya...
Look aroud...smua muka xde klas...
Sekali tgk budak kerek tu add aku dlm look around...
Fuhh... mmg die cari nahas...
Aku app than aku wt pala kta aku knal die...
Maw die kecut sbb aku knal die...snyap terus kawan...
Than kt situ aku sja test budak nihh leh caya ke tak...
Sbb mmg aku dh knal die smua dr resume...hehehe...
2nd day
Aku cabaq die teka aku nihh sapa...
Macam2 la aku tipu..
Kta aku makcik cuci toilet opiz ja...
Dia xcaya...
Tipu kta aku operator ja...xcaya...
Biaq lantaq dia...
Hari Ke-3
Dia xpueh aty
Sbb aku taw byk psal die
Tp die taw nma aku sja....
NORAIN ZAINUDI...
Aku abaikn...than biaq die trtnya2...
Sbb klu taw bkn untung aku pown...
Tapi budak kerek nihh bijak upanya...
Die search nma aku dlm google...
Nehh ambk kau...
Smua psal aku die taw dlm blog CARI DALAM HILANG...
tabit spring...
Pencarian anda berjaya...
Hari ke-4
Dia xpueh aty aku xmo gtaw bnda betol...
Aku try nk tgk akai die...
Prasan aku tak waktu bg badge utk budak bru...
Aku mesj tnya ade prasan aku tak... xsma ke muka dlm dp weechat tu...
Budak kerek tu jawab lngsng xprasan...
Yg die leh syak aku pown sbb sliper indoor yg aku pakai tulis nama ain...
Hampeh mamat nihh... prasan kt sliper aku jer upanya...
Mmg die nihh lawak nk mampoih...
Lepas kes tuhh...
Nak dikatakan aku leh go true dgn budak kerek tu...
Walaupown ayat2 yang kuaq dari mulut die smua menyakit hati...
Tapi last die taw nak sejukkn aty aku mcmne...
Hope si budak kerek aka poyo...
Thnx jd penasihat tak bertauliah kt aku...
Pendgr yg selalu buat aku teriak..
Yang penting ampa mmg best...
Beruntung bakal isteri ampa nnt...hahaha...
Wish me luck tuk cari bakal suami plak...

Saturday 14 September 2013

...:::HARI-HARI YANG MERASAKAN MAKIN BERBEZA:::...







Hari : Sabtu
Filem : Mohabbatein
Lagu : Sandiwara Cinta - Republik
Mood : Berdiri di atas kaki sendiri

Bismillahirahmanirahmin...
Lagu Bau Band-Warkah memang lirik die boleh tahan... hari nihh aku cuti..aku try make a real woman life...
contohnya :
1. Kemas umah
2. Masak dengan menu ciptaan sendiri
3. Make everyone happy.

Maaf...aku bukan sengaja nak sakitkan hati mana-mana pihak terutamanya mak dengan abah...
Memang aku tak akan faham apa yang mak abah aku fikirkan tapi aku try faham than ni lahh jadinya..
Maybe semua tu jadi bersebab... mak abah bagi masa yang secukupnya okey..
nanti insyallah anakmu ini akan try buat keputusan yang terbaek untuknya...

Aku memang suka berdrama kalau boleh semua orang aku nak buat watak dalam drama aku... tapi hakikatnya kamu just watak sampingan than aku nihh watak utama...
Yang kena tanggung semua nihh aku sowang-sowang...
Aku tak pernah mintak sesiapa paham drama yang aku cipta nihh... just mintak bagi aku peluang..

Maybe bukan peluang tu aku jadi yang terbaek tapi just bagi peluang tuk aku betulkan keadaan and make a true story...
Aku try xmo merungut dengan semua yang jadi sejak akhir-akhir nihh..
Aku pernah rasa ditinggalkan lebih dari tu and now his back...
Aku taw aku bodoh buat keputusan terburu-buru sampai mak abah terkejut..
tak pa...just berubah dari pengalaman...
Bukan senang nak dapat anak PAK DI nihh...
Macam benda la akan dialami...

NORAIN BINTI ZAINUDI
Nama aku yang just kowang kenal melalui nama..
Melalui rupa..
Melalui Sikap yang panas baran and perangai suka redah...
Than langsung tak pikir risiko...
Tapi kamu belum kenal aku melalui hati... if 7 tahun pown kamu kenal kamu tak akan tahu life aku macamne... than family aku macamne..

Aku just need someone yang kuat dari segi mental dan emosi..
Kamu bukan akan kenal aku tapi kamu akan kenal juga semua family aku..
Tak semua sempurna macam korang mimpi..
Tapi tu lah aku..

Nak jadi insan yang kuat try jangan simpan rasa cinta dengan mudah...
Lakukan smua dengan niat yang tulus dan ikhlas..
100% jangan okey nanti kecewa tu 1000 kali ganda...
 Aku bukan lari dari realiti tapi aku cuba cipta realiti aku sendiri sebab selama ini aku just hidup dalam mimpi..
plzz bagi aku ruang...


Thursday 12 September 2013

...:: JANGAN PUTUS ASA SAYANG::...

Filem : Evil Dead
Mood : Kecewa
Musim : Hujan

Mungkin Waktu mereka JODOH itu mudah... jodoh itu dekat dengan mereka... aku tak mampu...

Nak saja aku turutkan hati namun nanti mati...
Nak saja aku turutkan rasa namun nanti binasa...
Yang aku harus turutkan akal fikiran moga kewarasan dapat menstabilkan keadaan...

Aku inginkan kedamaian yang dulu...
Nak rasa bahagia dengan semua ahli keluarga aku...

Sabarlah wahai hati...
Moga kesabaran akan beroleh kemenangan...
Moga kekecewaan akan beroleh kebahagiaan...
Moga kesedihan akan beroleh kegembiraan...

Aminnnnn....




Tuesday 10 September 2013

...:::KAU PENCURI MASA:::...

Lagu : Steelheart - she gone
Mood : esok aku kerja
Fikiran : Positif
Warna : hijau itu ketenangan

Satu hari nanti,

Jiwa anda akan menjerit kerana 'mahu' tapi tak mampu.
Satu hari nanti,Hati anda akan pedih hanya kerana tak terdaya.
Satu hari nanti juga,
Roh dan jasad anda juga akan mati dengan perasaan ingin tahu.
Anda akan memahami makna hidup bila anda ingin mencari kebahagiaan,
Anda akan memahami hidup bila anda sudah punyai zuriat,
Dan anda akan menerima kejadian hidup (karma), apabila anda mengejar waktu.
Hidup ini dihidupkan untuk adil.
Dan ya,Yakin dengan setiap ketentuan.
Bukan sibuk membicarakan sesuatu yang telah ditentukan.

Sunday 18 August 2013

...::I WAN'T GIVE UP::..

Lagu : Jason Mraz-I wan't give up
Mood : Mencari kekuatan untuk sihat
Warna : Brown
Madah : Biarkan jangan dikejarnya lagi.

KASIH JANGAN KAU PERGI...

Aku semakin lama semakin kerap sakit...
Semakin ramai menjauhi aku...
Semakin banyak hati aku sakiti...
Maafkan aku...

Aku tahu aku tak layak langsung nak bahagiakan insan macam kau...
Tapi kenapa kau hadir dalam hidup aku kalau kau hadir setakat nak terus menyakitkan aku...
Raya aku bahagia sungguh aku mengharap agar dapat bersama kau tapi tu hanya harapan...
Kau aku boleh umpama seperti bulan yang hadir dikala malam menjelma untuk menerang aku hanya secebis cahaya pinjaman daripada matahari...
Namun pabila siang menjelma kau menghilang seperti pengecut...
Seolah-olah kau ingin menutup semuanya...


Sunday 11 August 2013

...::INIKAH REALITI::...

Di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar.. Ada satu pasangan kekasih ini nak keluar berdating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya… maka berlakulah dialog berikut..

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi ini.

Teruna : Eh..

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis: Nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya

Bapa Gadis : Oh..

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.

Teruna : Segan cik. Hehe

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis: Eh.. Apa ayahnya ni?

Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?

Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.

Bapa Gadis : Boleh takde masalah

Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu mak cik?

Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki

Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya

Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot

Teruna : Kali terakhir bila?

Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm..

Ibu Gadis : Kenapa?

Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis.

Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan.

Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.

Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin.Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” ( TQS An Nuur 32).

Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia TAKDE HUDUD, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa Gadis : Serius lah sikit.

Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 meter dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut.

Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.

Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.

Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..

“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “Petang ni takde mood nak keluar, sorry……..

Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

p/s: Hanya sekadar cerita untuk di ambil sebagai iktibar. Ingatlah, apabila seorang lelaki dan wanita berdua-duaan, syaitan adalah orang yang ke tiga.

Thursday 18 July 2013

...:: PUISI YANG MEMBAWA SERIBU MAKNA::...

Lokasi : Opiz yang Keja Menimbun
Lagu : Harapan Ramadhan
Mood : Serabut dan Geram
Kata-Kata : Jangan Membenci Orang Yang Kita TAK SUKA takut nanti Orang itu akan jadi orang yang kita sayang...

Assalamualaikum...
Salam Jumaat wahai kaum ADAM...
Sesungguhnya Jumaat ini hari yang agung untuk kalian yang hanya diperutuskan untuk mengadapnya dalam suatu hari yang serentak bersama kaum ADAM yang laen.

Aku ingin mengulas tentang puisi yang dikarang oleh DAYANA
Isteri mana yang tidak remuk hatinya apabila mengetahui sang suami memadukan dirinya. Secekal mana pun hati Dayana, pasti air mata mengalir apabila berita perkahwinan kali kedua suaminya, Ashraf Muslim diketahui menerusi jadual penerbangan ke Bangkok bersama Wan Sakinah.

PUISI SEORANG ISTERI>>>
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

#wahai kaum adam... kenapa kau tergamak hancurkan hati kaum HAWA yang diamanahkan untuk kau menjasa menghormati dan membela mereka...

Sunday 14 July 2013

..:: RAMADHAN AKU KEMBALI::..

Warna : Hitam
Mood : mencari keberkatan
Lagu : nirwana_rindu cintaku padamu
Masa : 9:17 pm (aku ponteng traweh)

Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah hari ini hari ke-4 aku berpuasa dan genap hampir sebulan aku ditukarkan tempat kerja.

Semua berjalan dengan lancar cuma perhatian aku makin berkurangan untuk orang yang aku sayang.

Maafkan aku sayang... aku akan cuma yang terbaek untuk jadi yang terbaek untukmu. Dugaan demi dugaan datang.

Puasa tahun nihh amat berbeza kerana orang yang tersayang berada bersamaku untuk mencurahkan semangat. Namun memang banyak cabaran yang perlu alami kan...cuma kita hanya perlu bersabar saja...

Kesihatan kadang2 banyak mengnggu pergaulan harian aku... mana taknya...makan salah sikit elegik datang la tanpa diundang... ikutkan hati semua bnda aku nak makan tapi bila elegik datang sampai aku sendiri takut nk mengadap muka sendiri depan cermin...

Sebelom & selepas berubahan aku amat ketara sgt...


Thursday 20 June 2013

..:: "MAHU JADI POLIS TAPI..."::..

Tujuan : Mencerita sesuatu
Lagu : Kim Yoo Kyung -starligh tears
Warna : putih suci
Mood : aku adalah aku



Aku mahu dikenali seorang yang kuat bukan lemah macam mereka yang anggap.
sungguh lah memang aku terima saja yang hadir di depan aku.

16/06/2013 lepas
aku try ujian fizikal POLIS kowt...
tabit skit pada diri sendiri if xlulus pown asal aku try kowt.
gila...memang xsangka macam dianggap.
bukannya mudah. Antara ujian aku kna buat.

FISRT

1) depa semak kelulusan maw BM lulus n ada 3 subjek kredit
2) tinggi mesti 157 cm keatas
3) berat sekurang-kurangnya 48kg lebih xpa yang kurang
4) bahu xmo jatuh
5) tangan ke siku nak lurus
6) kaki nak rapat tapi jalan xmo rapat2
7) ujian kecergasan kena wt macam2

yang aku gagal kat bahagian 6 so seterusnya aku xtaw la...
serius susah tapi kalau ada kabel sure senang ja lulus.
pape pown aku dh try ok...

#xhampa pown kos aku xdak la letak harapan setinggi gunung.

Wednesday 12 June 2013

..:: IRAMA DAN LAGU ::..

Tempat : kamarku
Suasana : bersedia melelapkan mata
Masa : 10.27 PM
Mood : Bersalah

Tak sangka aku makin mementingkan diri, membuat hati yang aku sayang sakit dan terus sakit....
tak mampu lagi aku nk luahkan rasa maaf mungkin sudah mangli dengan ucapan-ucapan tersebut.

Awak dengar lagu-lagu saya wall nihh moga buat awak kembali sejuk bersama saya...










semua lagu nihh ost dari BUNGA MERAH PUNYA.

Friday 7 June 2013

..:: KETAHUI 3 NEGARA YANG BERBAHAYA UNTUK WANITA::..

Afghanistan





Sahar Gul, gadis diseksa suami
Pembuka tahun 2012, dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.

Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.

Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.

“Suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan lidahnya dikerat dengan playar,” kata jurucakap polis Baghlan.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.


Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.

Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.

Pakistan






Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban
Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.

Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.

Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.

Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.

Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.

Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

India



Jyoti adalah pelajar perubatan yang mati dirogol kumpulan lelaki
Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu.

Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.

Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.

Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.

Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.

Tahukah anda?
Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.

Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.

Keganasan terhadap wanita adalah satu daripada mekanisme sosial utama yang memaksa mereka berada pada kedudukan bawah golongan lelaki.

Pada tahun 1980, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat telah mengharamkan hak si suami melaksanakan hukuman fizikal terhadap isterinya.

Sementara itu, adat menghukum isteri yang diamalkan masyarakat Britain dengan penderaan sederhana agar si isteri rajin melakukan kerja telah disekat pada tahun 1891.

Friday 31 May 2013

...:::BELAJAR SESUATU TENTANG PERASAAN:::...

Lagu : Pesanan Buat Kekasih-Spring
Mood : Letih
Status FB : I can go days without talking to you,
Months without seeing you, 
but not second goes by that I don't thing about you.

Masa : 10.57PM



       

      Menjejaki sesuatu perasaan yang HAMPA sungguh mnyakitkan. Hari ini aku dapat tahu sesuatu yang aku tumpang merasakan apa yang dia rasa. Kekasih yang dulunya dia sayang kini milik orang lain telah mengikatkan pertalian sah.

Patutkah aku rasa bahagia dengan kekecewaannya dan patutkah aku merasakan perasaan lega. Lelaki sememangnya dia tidak akan paparkan perasaan yang akan menjatuhkan EGOnya...

Perkembangan masing-masing hampir menamatkan satu tujuan yang sama. Aku perempuan aku juga takut akan perasaan tu, yang terpaksa melihat orang yang dulu aku pernah yang kini menamatkan waktu bujangnya.

Perlahan-lahan aku melayari pengalaman yang tiada noktah.





Sunday 19 May 2013

...:::CORANG-CARING:::...

Tempat : Bilik Tumpangan
Lagu : ST12 (putin-putih melati)
Tema : Jiwa Kental

tak maw cakap banyak...aku nk upload pic ja ari nihhh....

MATAASHITA>>>>>











Thursday 16 May 2013

...::: PENGUBAT:::...

Masa : 9.24 PM
Rasa : Gelisah
Lagu : Judika - Setengah Mati Merindu

Sesungguhnya aku langsung tidak pernah merancang untuk sesuatu yang aku inginkan. Hampir semua yang aku buat mesti ada sebab yang tak terjawab.

Kuasa bukan segala-galanya, jika tak mampu untuk mengawal pasti akan melalaikan lalu membuat kita akan tersasar pada jalan yang silap.

Wahai lelaki-lelaki Melayu sejati, sejatikan dirimu dan kentalkanlah jiwamu dengan godaan-godaan dari wanita-wanita indonesia. kekadang kecewa sangat dengan apa yang dah jadi dengan masyarakat melayu nihh. Butakah anda????


aku minat lagu-lagu dari indon ja tapi aku tak pernah langsung minat kat mamat indon... so jejaka melayu harap pikir dulu klu nk berlaku curang pada kekasih, tunang atau isteri anda.... Hal itu sangat memalukan...

mataashita>>>>>>>

Wednesday 8 May 2013

...::PINJAMKAN AKU BAHUMU::...

Suasana : kegelapan dalam kesunyian
Lagu : Bunga Citra Lestari - Yang lalu biarkan berlalu
lokasi : Quartes Banai


Setiap insan pasti ada impian ada harapan yang ingin dicapai untuk melengkapi hidupnya sebagai manusia yang berpijak dibumi yang nyata ini. Sama seperti aku impian aku adalah perkahwinan yang indah. tapi tak semudah yang aku impikan...

aku tahu mungkin belom sampai tahap aku lagi tuk pikirkan semua memungkinan itu. tapi kenapa setiap impian aku impikan selalu terkubur begitu saja... kenapa...???

aku ingin berharap kau menjadi bahu tuk aku mengadu, menangis, dan melindungi aku jika aku dalam kesepian. biarpown aku digelar apa pown.


...:: LUKISAN HATI UNTUKMU ::...

Lagu : Cakra Khan - Harus Terpisah
Mood : Hatiku kental
Fikiran : Positif
Warna : Hijau Keamanan
Masa : 10.34 PM

Tatapan mata aku untuk melahirkan kerindunya ternyata gagal. Hanya terpancar dendam untuk membalas segala akibat. Terkadang aku tersasar dengan misi aku untuk menjadi kuat seperti pasir yang selalu dihempas ombak namun ternyata gagal lalu terhakis dengan deruannya.

Assalamualaikum insan tersayangku, mukadimah yang lahir dari hati ini mungkin membuatkan 1000 pertanyaan.
Dimana selama ini aku menghilang?
Adakah aku sudah jumpa kekuatan?
Kenapa semua harus terjadi?

Inilah kehidupan yang hakiki, aku dah boleh berjalan dengan langkahku sendiri iaitu selamanya aku hanya melangkah dengan pimpinannya.
MOVE ON NORAIN!!!! HE NOT EVERYTHING!!!!
Dia bukan segalanya.

Belajar dari kesilapan. Bertahan seperti lukisan.








Indahkan lukisan2 diatas. Semuanya membawa maksud sendiri dan fahami setiap apa yang pelukis ingin sampaikan kerana hidup ini ibarat lukisan.

Jika dibiar kosong dia xmembawa makna. Hanya tampil dinding buruk yang langsung tidak dihiraukan akan kewujudannya. Ingatlah bahawa apa berjadi sudah tertulis.


Selamat Malam.