PENGENDAP

Monday 20 March 2023

“Masihkah aku bisa menulis kembali"

 Aku.

Aku yang sekarang tak lagi seperti dulu...

Sudah berbelas tahun aku berhenti menulis.

Memang aku kini jauh meninggalkan dunia penulisan.

Alasanku mudah.

Masa kini banyak bersama mereka.

Siapa mereka?

Mereka adalah cinta hatiku Dunia akhirat....

Insyallah Umur panjang aku akan kembali menulis.

Wednesday 13 August 2014

...:::UMPAMA LEMBUTKAN BATU KELIKIR:::...

Lagu : Matahari-hafiz
Amanah : Aku bertahan kerana dia jodoh Istiqarahku
Masa : 12:44
Drama : Rindu awak 200%

Cinta tak semestinya memiliki.
Adakah benar falsafah tu.

Benar dari sudut positifnya kerana tak perlu meraung seluruh dunia yang nak nyatakan kau cintakan dia.

Be strong!!!
Apa yang kita inginkan tak semestinya dapat.

***rindu awak 200%***

Maybe ramai wanita impinkan watak Zill faezul menjadi kenyataan pada lelaki idamannya dan mungkin pada bakal suami meraka nanti...

Tapi...
Jangan berangan... sebab itu hanya watak. Kenyataannya memang tak akan wujud pown lelaki sesabar itu... Silap-silap ada yang lagi menyakitkan hati lagi...

Faez seorang yang cukup sabar tahap dewa. Sampai hampir digelar dayus dan tak ada ego...

Sebenarnya lelaki yang tak dak ego nihh la yang wanita zaman sekarang harapkan... pada hakikatnya zaman sekarang lelaki masa kini lebih merasa diri mereka hebat...

Faez seorang yang kaya berharta dan yang penting... tersangat-sangat merendah diri.. tapi ada ka laki zaman sekarang tak cakap besaq...
Macam dah tak wujud ja... hamble mcmne pown seorang lelaki itu pasti ada secubit rasa bangga pada life dia contohnya..

Syukur... jodoh dengan bini cikgu...
See... nmpk mcm biasa tapi itu juga dalam kategori bangga diri...

Nak tahu apa yang selalu aku jadi pegangan aku...
1) Berhenti berharap
2) Belajar terima kenyataan
3) Bersangka baek...

1 saja perkara yang mampu mengubah sifat peribadi kita... iaitu "SOLAT"

*dekati aku dengannya jika aku tulang rusuknya dan jauhi aku jika aku bukan miliknya.

SELAMAT MALAM TUAH.

Thursday 31 July 2014

...::: DUGAAN BILA DI IKAT :::...

Lagu : Galau - Siti Nurhaliza
Kata-kata cinta : Setia boleh buat hubungan kita kuat tapi benci boleh buat hubungan kita lemah
Warna : Hijau (kedamaian)
Hari : Raya ke-3
Tempoh ada : 143 hari lagi.

Aku mengikat tali pertunang sudah hampir 4 bulan... dan selama itu jugak la bermacam- macam cabaran dan dugaan aku dapat...

Kadang-kadang cabaran semua tu hari kita sendiri pown xsangka sebab go on ja ikut masa...

Tapi boleh dikatakan setiap hari ada ja yang tak kena... and betoi jugak kata2 orang-orang tua dulu2...
Waktu bertunang nih memang banyak cabaran and sebab tu la xleh tunang lama2...
Nanti timbol plak kes putus tunang la... masing2 dak bersependapat la...

Hari nihh usia pertunangan aku dekat 4 bulan and aku akan kawin 28/11/2014...
Dah tak lama dah... mehh aku shared tuk jadikan rujukan sesapa yang ada keinginan nak tunang lama2 tu...

Antara cabaran2 dia :-
1) Hilang keserasian
- mana tak nya tak hilang... si tunang nak baju warna terang2 mai aku xmo la terang2 dari situ dah jadi punca nak bertekak... free2 buang masa nak gaduh benda remeh macam tu...

2) Family
- aku start nk kenal2 rapat la dengan family dia ok fine... banyak benar la aku diuji... dia ada 6 orang kakak so 6 orang kakak jugak la aku kena belajar komunikasi... kadang2 pompuan nihh sapa xsayang adik kan... terasa terjeles plak bila dia baek giler2 dengan si kakak nihh.. tu seolah dah rasa tercabar... tapi biasa la... setan nak hasut benda yang xpatut jadi pown.. yang penting kena banyak2 bersabar..

3) kewangan
- duit dia duit aku... duit aku duit aku... so dari situ nampak tak bezanya... nak beli itu ini semua disekat katanya perlu berjimat.. dan2 mula nak bermasam muka..
Pada hal bnda boleh settle....

4) Orang ke-4
-semestinya bila dalam proses bertunang nie la... ex bf muncul la... ex gf mai la... semua tu cabaran tu...
Kalau iman tak kuat hati tak mantap maw tersasar jugak dari landasan... sebab setan sure selalu bisik semua bnda haram nihh semuanya rasa manis... so must be strong person...

5) Berjauhan
-Dulu bercinta nak jumpa setahun sekali pown tak kisah kan... sebab bila berjauhan rindu tu maw berbuah2 manis...
Tapi bila bertunang nihh dugaan dia bila rindu berbuah-buah dibiar lama... biaq ranum and last luruh busuk... gila sapa xsakit hati macam langsung tak dipeduli.. so hal macam nihh kedua2 belah pihak saling memahami jangan terlalu selfish sgt... keje2 jugak kena ada pengorbanan... betoi dak???

6) Teragak-agak
-Lebih kurang hati nihh still berdolak dalih la jugak... so hal macam nihh kena banyak cermin diri sikit and banyakkn istiqarah agak setiap keputusan yang nak buat tu tak salah and akan puaskan hati dua belah pihak...
Tapi situasi macam nihh la yang selalu buat aku jadi blurr... nak yg ni ka nak yg tu... dalam nk pilih tema baju... nak pilih jenis konsep... kalau semua nak sempurna mana tak nya teragak2 kan... so kena lah jadi seorang yang pandai buat keputusan yerr...

7) Kena menjaga hati
-Bab soal hati nihh memang kena selalu ambil perhatian sangat... nak taw sebab apa... time aku tunang hati nih tak taw nak ckp terasa tu double-double la rasa sebab nak jaga hati orang lain yang banyak...

*rasa macam aku senarai banyak pulak dugaan dia kan... takut yang otw nk bertunang nihh baca pown takut nak bertunang... so make sure mental kena kuat...

Monday 7 July 2014

...:::BERHENTI MENGEJAR KEBAHAGIAAN:::...

Lagu : rintihan qalbu- qalam band
Target : benti mengerjar biarlah dikejar
Rasa : terguris kerana aku lemah
Masa : 9 ramadhan selepas berbuka

Setiap perasaan yang aku rasakan sekarang biarlah besederhana agar aku tak lagi terlalu kecewa kerana kamu.

Dia memang seorang tunang yang baek

Sunday 29 June 2014

...:::TAHU:::...

Detik : 2 ramadhan
Tarikh : 30/06/2014
Masa : 00:01
Inspirasi : Fynn Jamal

Masih terguris hati yang lemah maka tak akan keruan jika menidakkan hasil tangkap yang sahih...

Akan tetapi aku harus kuat...
Bukan niat ku persoalkan kesetiaan..
Kau insan gagah yang mampu coretkan kata-kata yang mampu buat kau dan aku lemah...

Kertas tak lagi menjadi teman...
Muka buku tak lagi berkawan...
Biar dicerita dari satu persatu muka gambar agar kau tahu itu tentang kisah aku...
Tak pernah terdetik hatiku aku seorang pengkhianat...

Aku tak mampu memutar dari kanan ke kiri...
Tak akan bisa aku berdiri tanpa kaki memijak...
Semoga kau tahu aku tak sekejam angin yang biarkan pokok bergoyang jika tanpa sebab...

Tahulah...
Agar semua fakta kau mampu betulkan dengan persepsi yang engkau anggap...
Tak akan pergoyah dengan masa-masa yang lalu kerana aku tahu kau kuat...

Bintang yang bersinar mampu tersenyum jika yang kuat...
Aku???
Usah dihiraukan kerana jalan ini aku pilih...
Jalan yang selama ini aku nantikan...

Dan kau tanya dalam diam Dengan mata kau biar pejam Bagaimana mampu wujud sunyi Di riuh engkau berdiri

Satu persatu hilang ertinya Berdikit-dikit menyesak dada Mahu kau lari dan bersembunyi Tapi mana kau harus pergi

Haus tak terpuas lautan Lapar tak terkenyangkan Kau tahu namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit petala Sedang jawabnya lama kau ada Maka perlu apa kau bongkar gali Kalau cuma diletak tepi

Sayu tak terjelas fikiran Rebah tak tersambutkan Kau tahu namun tak kau akukan

Apa kau cari Yang sebetul-betulnya Lama mana begini Bertelanjang jiwanya

Apa kau nanti Yang sesungguh-sunguhnya Malam siang berganti Jawabnya tetap sama

Sayu tak terjelas fikiran Rebah tak tersambutkan Kau tahu Kau sayu Kau rindu Sama Tuhan

*doakan aku bahagia

Friday 13 June 2014

..."STOP TO FINDING"...

Lagu : Say Something
Cinta : Satu yang mnyeksakan Feeling : Sangat-sangat mengecewakan

Sememangkan aku bukan malaikat yang terlalu sempurna untuk membahagiakan kau dalam tempoh sepanjang hanyat...

Tak mampu...
sekurang-kurang aku cuba untuk nyatakan aku mampu sebab aku ada keinginan memcuba...

Waktu perasaan bahagia tu hadir semua buruk kau nampak baek... kau cakap kau boleh terima seadaan...

Tapi sekarang baru permulaan kau dah tunjuk kau gagal...
kau seolah2 berputus asa...
Mana janji-janji kau dulu tu...

Cukup lah selama ini terlalu banyak peluang yang aku bagi..
Cukup lah aku buang semua sifat egoku yang dulu terlalu kuat pegang dengan pendirian aku...
Cukup lah Tuah...
Kau hanya hebat atas nama sahaja... Bukan pada sifat sabar kau tu...

Apa yang ada pada aku sekarang adalah rasa kecewa...
terkilan... dan sedih...
Semua tu lahir daripada kau...
Kau yang wujudkannya sendiri... PELUANG!!! kita tunggu jika hatiku tak sekeras batu kelikir...

Kalau masih buleh berlembut aku mampu...
Teruskan dengan gaya kau olahkan sendiri... silakan...

Sunday 30 March 2014

...:::ONE STEP FORWARD:::...

Warna : Pink & Purple
Lagu : Irwansyah - Tentang Perasaan
Perasaan : Teruja & kecamuk
Misi : Make a perfect FIANCEE & WIFE TO BE

Assalamualaikum Blogger...
Baru ja 2 hari lepas majlis pertunangan aku berlangsung dan dengan tak dirancang baru seminggu berlalunya pertunangan dia...

Indah sungguh perjalan yang MAHA ESA aturkan untuk kami kan..
Ribuan keampunan dan kemaafan aku ingin luahkan jujur dari isi hati yang tak terkeluar dengan kata-kata iaitu aku tak mampu menyakiti insan seperti kamu lagi...

Line story maybe macam drama skit sebabnya lepas aku bertunang aku terus berhenti bekerja di tempat yang 2 tahun aku berkhidmat dalam bidang pengkeranian...

Banyak yang aku belajar sebenarnya dan mudah-mudahan secara perlahan-lahan aku terus berubahan untuk insan aku cintai menjadi terbaek....

Bukan mudah aku nak sampai tahap kesini...
memang bukan mudah aku nk kekalkan cinta 8 tahun perkenalan...

-RESTU
-HALANGAN
-JURANG
-DARJAT

semua tu memang sangat mencabar...
tapi ALHAMDULILLAH...
28 mac 2014
aku menjadi insan tersangat bertuah kerana dia menjadi milik aku... bukan 100% lagi...
perlahan-lahan aku cuba jadi terbaek...
syukur AKU MASIH ADA KAMU...

Kalau nak ceritakan perasaan menjadi tunangan orang nihh..
maybe baru lagi kowt.. sebab tu aku xrasa dugaan2 dia lagi..
yang aku rasa skang macam nk tgk cincin kt jadi aku nihh tiap2 jam..
ciwi sangat namanya tu.. hahahaha..

moment MAJLIS PERTUNANGAN memang perfect sangat sangat
sebab aku keluar kos pown xbanyak..
semua buat sendiri DIY (do it yourself)
dari bantuan & sponser dari kawan2 n family..
thank god
aku rasa macam tak terbalas plak jasa2 kalian smua..

jom tengok apa yang meriah sangat tu...


mini pelamin nihh memang sat ja nk wt tapi nk buat kipas belakang tu mak aiii memang malas gila.. 30 keping kertas corak kowt...


PINK & PURPLE memang warna kegilaan aku...
MAKEUP by FeyfaS-Touch-Up
BAJU by TUKANG izyan.salis



 all pic only by fon... dalam DSLR xupload lagi...
nanti kita tengok hasil out door plak nahh...

THE END