PENGENDAP

Sunday, 29 June 2014

...:::TAHU:::...

Detik : 2 ramadhan
Tarikh : 30/06/2014
Masa : 00:01
Inspirasi : Fynn Jamal

Masih terguris hati yang lemah maka tak akan keruan jika menidakkan hasil tangkap yang sahih...

Akan tetapi aku harus kuat...
Bukan niat ku persoalkan kesetiaan..
Kau insan gagah yang mampu coretkan kata-kata yang mampu buat kau dan aku lemah...

Kertas tak lagi menjadi teman...
Muka buku tak lagi berkawan...
Biar dicerita dari satu persatu muka gambar agar kau tahu itu tentang kisah aku...
Tak pernah terdetik hatiku aku seorang pengkhianat...

Aku tak mampu memutar dari kanan ke kiri...
Tak akan bisa aku berdiri tanpa kaki memijak...
Semoga kau tahu aku tak sekejam angin yang biarkan pokok bergoyang jika tanpa sebab...

Tahulah...
Agar semua fakta kau mampu betulkan dengan persepsi yang engkau anggap...
Tak akan pergoyah dengan masa-masa yang lalu kerana aku tahu kau kuat...

Bintang yang bersinar mampu tersenyum jika yang kuat...
Aku???
Usah dihiraukan kerana jalan ini aku pilih...
Jalan yang selama ini aku nantikan...

Dan kau tanya dalam diam Dengan mata kau biar pejam Bagaimana mampu wujud sunyi Di riuh engkau berdiri

Satu persatu hilang ertinya Berdikit-dikit menyesak dada Mahu kau lari dan bersembunyi Tapi mana kau harus pergi

Haus tak terpuas lautan Lapar tak terkenyangkan Kau tahu namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit petala Sedang jawabnya lama kau ada Maka perlu apa kau bongkar gali Kalau cuma diletak tepi

Sayu tak terjelas fikiran Rebah tak tersambutkan Kau tahu namun tak kau akukan

Apa kau cari Yang sebetul-betulnya Lama mana begini Bertelanjang jiwanya

Apa kau nanti Yang sesungguh-sunguhnya Malam siang berganti Jawabnya tetap sama

Sayu tak terjelas fikiran Rebah tak tersambutkan Kau tahu Kau sayu Kau rindu Sama Tuhan

*doakan aku bahagia

No comments:

Post a Comment