PENGENDAP

Saturday, 21 December 2013

..::KEBAHAGIAN YANG TERTUNDA::..

Feel : Cinta terlepas
Lagu : Salahkan - Hafiz feat Rossa
Hari : Terakhir

Hari ini,

bila anda mempersoal 'kenapa' tentang seseorang yang dilihat marah pada sesuatu keadaan, satu hari nanti anda juga akan mengerti apa makna disebalik 'kebahagiaan'

Anda belum melalui. Mungkin juga masih belum sakit lalui hidup.

Anda belum pernah merasai bagaimana,

anda belum hadap situasi keadaan yang terbentang ini kejam bagai nak gila,

dan apabila anda dihadapkan dengan itu dan ini tentang hidup, saya percaya anda juga akan bersedih seperti mana saya.

Anda akan bersedih bila anda ingin menggapai pohon, tapi tidak sampai. Anda hanya ditempat anda dimana melihat dari jauh semakin tingginya pohon. Bila anda sudah sedikit tinggi tanpa perlu anda sendiri menggapai, anda hanya mampu pegang walau pada niat awalnya pohon itu adalah pohon yang ingin anda miliki.

Tapi sayang sekali. Yang anda pegang itu, dimana anda rasa itu kebahagiaan anda, tak diizin pula oleh orang lain hanya kerana sifat bersih manusia yang ada pada hari ini tinggal sisa.

Orang lain itu bukan dari orang yang melahirkan anda, bukan dari keluarga kebahagiaan anda, tapi dari akar dan benih yang sama membentuk jalinan terbesar sekarang.

Apakah anda harus diam melihat dan mengizinkan kebahagiaan anda sendiri itu tenggelam?

Apakah anda hanya biar tanpa anda sendiri pertahankan sesuatu yang dipanggil Hak Anda?

Apakah anda harus membiarkan orang lain mencampuri urusan anda?

Apakah anda harus biar bila diri anda dijadikan subjek untuk dipersalahkan oleh manusia lain?

Ya, kita harus menghormati orang yang lebih tua.

Tapi mana batas menghormati antara manusia, yang terjalin sekarang?

Sungguhpun nanti pada masa yang lain anda berjaya melintasi lingkaran tanpa halangan orang lain mengenai kebahagiaan anda, saya ingin sekali mengingatkan. Hidup ini jalannya panjang.

Hidup ini tidak selesai hanya selepas akad nikah. Hidup ini tidak selesai hanya selepas kita lahirkan zuriat. Malah hidup ini tidak selesai hingga dunia ini belum dimatikan.

Satu hari nanti,

Jiwa anda akan menjerit kerana 'mahu' tapi tak mampu.

Satu hari nanti,

Hati anda akan pedih hanya kerana tak terdaya.

Satu hari nanti juga,

Roh dan jasad anda juga akan mati dengan perasaan ingin tahu.

Anda akan memahami makna hidup bila anda ingin mencari kebahagiaan,

Anda akan memahami hidup bila anda sudah punyai zuriat,

Dan anda akan menerima kejadian hidup (karma), apabila anda mengejar waktu.

Hidup ini dihidupkan untuk adil.

Dan ya, Saya yakin dengan setiap ketentuan.

Bukan seperti anda, yang sibuk membicarakan sesuatu yang telah ditentukan.

Copy&paste : BSA



No comments:

Post a Comment