PENGENDAP

Sunday, 12 January 2014

..:: ITU KEKUATAN AKU ::..

Jiwa : Kuat dan Mampu
Lagu : Wake me up -Avinci
Mood : Menghilang dalam genggaman
Musim : Tengkujuh

Yang menjadikan kita seseorang yang kita sendiri tak pernah kita tahu jauh mana keupayaan kita,

Yang menjadikan kita orang yang sangat mandiri dan dewasa,

Yang menjadikan kita bangun buktikan pada sekalian-nya orang,

Bila kita ditinggalkan oleh orang yang selalu kita sandar harap dan juga tempat kita bergantung.

Satu hari nanti hati kita sendiri akan berterima kasih pada setiap yang jadi. Kerana pada tragedilah yang akan bina kekuatan yang sudah lama kita biar ia tergantung dalam mengenali diri kita yang sebenarnya.

Tapi,

Jangan lupa untuk mengakui setiap salah kita. Tanpa kita akui, kita tak akan belajar dimana salah kita yang sebenarnya.

Maki sikit hati sendiri supaya bangun. Penat sangat hati dalam letak harap, berjuta kali lihat talifon untuk mahu diambil perhatian, menangis sebelum tidur, 

Maki,
Maki sikit biar sentap.

Memang!

Salahkan seratus peratus pada diri kerana mendirikan rumah dilangit walau kita tahu rumah itu berdiri tanpa tiang mahupun atap, tapi tetap mahu mendirikan syurga pada jalan yang kita sendiri tak pasti: insan selayaknya itu siapa?

Hampir 99 peratus hati kita jatuh macam kaca. Berderai satu-satu sampai tak mampu lagi kita kutip dan cantumkan. Sebab pada jalan yang kita hadap, kita selalu fikir walau berkelahi bagaimanapun kita, kita tetap bersama.

Tapi dalam kita meyakinkan hati kita tentang kebersamaan, kita terlalu sakit dalam meniti hari yang sering kita bawa iaitu harapan. 

Silapnya kita, adalah bila kita berkejar pada jalan kita yang sememangnya itu, tak perlu kita berlari. Silapnya diri kita bila kita tak meletakkan istilah 'teman' dalam relationship. 

Lalu,
Dia pun pergi bersama dengan orang lain.
Usap!
Usap dada sendiri sambil cakap;

"Aku tak rugi! Aku orang paling jujur dimata orang yang tak pernah nampak: setiap peluh yang jatuh untuk membahagiakan kau.."

Bisik lagi: 

"Mungkin kau tak rasa kehilangan pada kebahagiaan yang kau terima sekarang, tapi jalan masih jauh.. Dan Tuhan itu seadil-adilnya menjatuh hukum"

Doa,
Untuk setiap yang lepas itu baik-baik saja.

Kerana dalam Tuhan memberi pada kita orang yang salah, adalah kerna Tuhan ingin berikan kita orang yang betul.

Janji Tuhan tidak sama dengan janji manusia. Tuhan akan kotakan janji secepatnya bila kita redha dan sujud pada setiap waktu kita.

Senyum dan teruslah berjalan. Disana ada kebahagiaan abadi.

--BSA

No comments:

Post a Comment