PENGENDAP

Sunday, 26 August 2012

..::DI RAMADHAN LEPAS::..

4 Ogos 2011 (5 Ramadhan 1432)


Aku menulis cerita ini penuh dengan rasa cinta dan kepedihan. Kami tahu kami sesame berlakon masing² kuat tuk hadapi semua nie dengan tabah.Padahal didalam hanya ALLAH saja yg taw, iaitu menjalani bulan ibadah ini dengan penuh kepedihan naluri jiwa. Aku cinta dia, aku sayang die itu saja yg mampu aku lafazkan, tapi semua itu tak bermakna kerana hidup aku dah wujud lelaki laen sebelum die.Aku wanita, tak mampu memiliki dua insan untuk dicintai, aku memang kejam. Aku memang tamak, suka membuat keputusan tanpa berfikir.

-Kenapa dia tak hadir dalam hidup aku ketika aku kekosongan?
-Kenapa kami hanya ditemukan hanya untuk disakiti?
-Kenapa kami harus berjumpa padahal tidak boleh bersama?
-Norain…kenapa kau menangis kerana seorang lelaki?
-Kenapa aku harus meninggalkan dan ditiggalkan?

Aku sendiri tidak perolehi jawapannya. Namun aku harus meneruskan jugak hidup ini tanpa dia pada 30 Ogos 2011 ini. Ya Allah, berikan aku kekuatan. Aku tahu kami saling mencintai antara satu sama lain secara tak sengaja. Betul kata dia, aku gemar mencorakan jalan hidup aku seperti drama. Tapi hakikatnya tidak, kerana ia berlaku tanpa dirancang.

Hari nie hari pertama, aku masih lemah. Dia lafazkan sayang dan cinta pada setiap saat. Mungkin selepas ini aku tak mungkin dapat lagi ucapan² seperti itu.


Sisipan : Menangis sendiri bila terkenang kasih berlalu

Yang dipeluk itu rindu teramat rindu…
Menjadi kempuanan semakin erat…
Yang didakap itu sepi teramat sepi… Tak siapa pun dapat menyelaminya erti sebuah kebahagiaan,
Yang telah terlaksana segunung pegorbanan dalam lautan…
Yang kepayahan yang dikutip karang-karang cinta yang amat panjang…

Aku menangis dalam diam bila terkenang kasih yang berlalu…
Tiada siapa peduli…
Aku sendiri… sendiri dalam sepi…
Sunyi yang panjang memaksa aku terus lemah…





5 Ogos 2011 (6 Ramadhan 1432)

Tidak aku sangka die memang kejam!!!
Die meninggalkan aku dengan tanpa alasan. Kenapa die pergi terlalu awal. Tanpa memberi peluang untuk aku menyanyangi die sepenuh hati.

Hari ini, jumaat cuti yang tak membawa pape erti untuk aku. Aku tidor sepanjang hari. Semata-mata untuk melupakan apa yang telah terjadi semalam. Seribu mesej tidak berbalas, berjuta panggilan tak berjawab. Aku buntu, aku seedy, aku seolah² menjadi insane yang tak waras. Hilang terus arah tuju hidop. Apa yang ada dibenak fikiran aku pelbagai soalan… Kenapa? Kenapa? Kenapa?

-Kenapa die tinggalkan aku?
Sedangkan die berjanji akan menunggu keputusanku.
-Kenapa die terus mendiamkan diri?
Sedangkan die tahu banyak perkara yang belom selesai.
-Kenapa die mudah lupakan segala²nya?
Sedangkan aku tak mungkin lupakan semua itu.

Aku menangis, kenapa aku rasa terlalu sedey sampai macam nie sekali, adakah aku terlalu mencintai die. Adakah aku tak boleh terima kenyataan bahawa die dh tinggalkan aku. Kesah aku tak mungkin akan terhenti disini kerana aku masih belom melepaskan die pergi.

Mesaj terakhir darinya masih aku simpan untuk lepas kerinduan aku, walaupown Setiap baris katanya yang amat menyakitkan aku.

Diluar jangkaan aku, kerana selama ini aku selama rasa hubungan aku dan die adalah hubungan yang paling selamat. Tapi tak sangka, ucapan cinta die semalam adalah ucapan terakhir yang mampu aku dengar. Mungkin selepas ini aku tak akan dengar lagi kata² cinta dan saying darinya.

Sisipan : Ku pohon esok masih ada untuk aku dan dia.

Penantian ku tak mungkin terhenti…
Setiap langkah ku tak akan mati disini,
Sepi membawa kepiluan,
Ku rasa bagai bulan kejam terhadap bintang,
Bagaikan bulan tidak perlu dikelilingi bintang lagi,

Walaupun kegelapan ku rasa dimata,
Namun di hati tetap ku cuba merasakan cahaya bulan dan bintang,
Walaupun bulan tidak sudi berdamping bersama bintang,
Namun ku tahu lumrah alam iaitu bintang terbentuk dari cahaya bulan…





17 Ogos 2011 (18 Ramadhan 1432)

Setelah lama aku tidak menulis, kini ku kembali dengan kekuatan baru ku. Aku masih menunggu die kembali dalam hidup aku. Muhammad Azraei… terlalu sukar untuk aku melupakan namanya. Selama 12 hari aku menunggu respon darinya, akhirnya die menjawab panggilan aku.

Hanya Allah saja yang tahu betapa gembira dan terujanya aku. Syukur kerana aku masih ada die. Die tidak penah hilang dalam hidup aku. Aku terlalu merinduinya… Aku rindu panggilan “by” darinya. Namun die tak terlalu kejam yang selama ini aku sangkakan. Die masih ambil berat pada aku. Terima kasih “yunk”…

Aku makin kuat, jika benar die jodoh aku, kenapa aku perlu menangis dan terus menangis. Aku harus kuat. Biar aku tanam semua kenangan aku bersama die yang tak mungkin aku lupa. Aku tak sangka terlalu banyak lelaki aku kenali. Die dah Berjaya membuktikan pada aku bahawa die berbeza antara yang laen.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah tertulis. Aku tekat biar aku pegang apa janjiku. Bahawa aku hanya mampu menunggu jodoh aku tiba. Die dah buat diriku makin matang untuk membuat pilihan hidup.

Aku ingin melupakan semua kepedihan aku dengan die kerana aku tahu aku tak layak membuat die terluka lagi. Maafkan by… tolong jangan membenci by. Maafkan aku sayangku. Hanya satu aku ingin die tahu bahawa aku tidak akan meninggalkannya.





28 Ogos 2011 (29 Ramadhan 1432)

Aku masih bernyawa. Syukur Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari terakhir aku bekerja sebelom menjalani cuti menyambut Hari Raya yang bakal tiba nanti. Aku semakin hilang arah. Kini aku dah merasakan aku sudah melupakannya 100%. Tapi aku gagal lagi. Ketika insane laen bergembira mencari persiapan raya yang bakal tiba. Aku hanya termenung mengenangkan nasib di Aidilfitri nanti. Aku masih keseorangan.

Beraya tanpa insane yang aku cintai.

No comments:

Post a Comment