PENGENDAP

Sunday, 16 December 2012

..::I'M LOST EVERYTHING::..

Lagu : pelamin anganku musnah
Tempat : rumahku syurgaku
Mood : hatiku matimu

aku sedar semua kesalah yang aku lakukan tak mungkin kembali normal... Alangkah baeknya apa yang terjadi sebagai mimpi ngeri aku saja...

Sekalip mata aku kehilangan cinta aku...aku kehilangan diriku...aku kehilangan semangatku...aku kehilangan masa depan aku... Dimana aku ingin mencari semuanya...

Aku memang kejam terhadap cinta aku... Aku tak mampu... Namun aku perlu tabah...

Seumur hidup aku...ini yang pertama aku ditinggalkan

Kenapa semua ini aku perlu hadapi...sesungguhnya aku amat setia hanya aku inginkan perhatian aku hanya ingin harapan... Namun kenapa semua ini harus terjadi...

Friday, 7 December 2012

WARKAH CINTA BERBAU SYURGA

SINOPSIS WARKAH CINTA BERBAU SYURGA



Amir Mukhlis adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya amat tinggi terhadap pelajaran.

Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya mempunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.

Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.

Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.

Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah.

Beberapa minggu sebelum Amir ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang tekun akan menyedarinya)

Beberapa tahun Wardah menggantung harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.

Bapanya memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa. Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar. Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.

Sebaik menerima berita perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk bersikap dengan lebih matang dan rasional.

Sewaktu Amir sedang meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras, dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di maahad dahulu.

Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.

Beberapa tahun berlalu dan pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu menyelesaikan kesemua masalah itu.

Dalam diam, Balqis meminati Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan baru dalam dirinya terhadap Balqis.

Amir pernah menyelamatkan Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi, semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.

Satu eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir, Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima Balqis dengan baik.

Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir, Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.

Hasrat Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis, tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.

Amir perlu membuatkan keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir menjalani pembedahan.

Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal dengan kebodohan sikapnya.

Amir menjalani pembedahan. Dia selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.

Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.

Sekian.

Tuesday, 6 November 2012

..::Orang yang kita sayang atau sayangkan kita::..



Ada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau makmembalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita

jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada

sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas

jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak
akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.
Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..
Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah..
Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. "
"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh- kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "
Redha
"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing -masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..
Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."
Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya..

Sunday, 14 October 2012

..::SUKA BUAT ORANG MARAH::..

Tempat : ruang tamu hadapan
Suasana : bersedia utk ke kerja
Masa : 6.52 PAGI
Mood : perutku berbunyi (lapar)



Langkah kehidupan itu bermula dari satu kesilapan.<br>
Perlahan2 aku melangkah untuk bersabar... Mungkin semua itu dugaan utk aku... Aku nihh xpnah pkir yg selalu membuat dia keliru..

Akhirnya aku tahu mungkin satu hari nanti tuhan memberi penjelasan atas segala kemungkinan ini...

Biarpown aku sentiasa melepaskn tindakkan yg amat menyakitkan tapi tak pernah pown dia berfikir bahawa aku yang teratas...

Mungkin dia makin lupa siapa dia dulu yang aku kenali...

Maaf...tu hanya secebis coretan aku yang kadang tidak mempunyai makna kepada dia...

Aku tak nafikan sememangnya aku bukan insan sempurna yang segala dilakukan senantiasa benar tanpa berlaku apa2 kesalahan...

Apa yang mampu aku lakukan... Dimana masa depanku...
Dimana kehidupan aku seteruskan...
Allah maha mengetahui...

...::AKU TERIMA NIKAHNYA::..

Hati : merinduinya
Lagu : astrik_tentang cinta
Suasana : malam tanpa bintang
Masa : 10:30 malam



"Johan : akhirnya awak putus asa jugak kan?
Arlisa : saya tak pernah putus asa tapi awak yang tak pernah berjunag...
Johan : mana awak tahu saya tak pernah berjuang untuk kita (monolog)

Antara dialog yang aku ingat dalam movie yg baru ku tonton siang tadi.
Sedey...tapi yang pasti belum mampu buat aku menangis teresak2 macam die lakukan pada aku...
Siapa mahu perpisahan?
Tiada sesiapa mahu...tapi kenapa itu saja yang terlintas...
Arlisa bersabar dan terus bersabar dengan johan suaminya yg dulu berjnji ingin sehidup semati tetapi berubah sekelip mata dengan 1 kemalangan yang membuatkan johan melupakan arlisa...

Aku tak mahu jadi macam arlisa yang terus mahu dilupakan walaupown tiada apa2 kemalangan yang berlaku...
Mampukah aku???

Kasih sayang arlisa sangat tak berbelah bagi pada suaminya johan...
Johan terlalu ego dengan arlisa sehingga melayani arlisa bagaikn orang asing...
Sedangkan kwan baek arlisa sendiri dilayan johan begitu rapat...
Sedikit demi sedikit kesakit dirasai arlisa...
Kuatnya arlisa mempertahankan rumah tangganya...

Johan selalu menyakiti aty arlisa...
Insan yang dijanjikannya untuk dijaga, dibelai, dipelihara penuh kasih sayang kini semudah2nya die menyakiti...

Semenang lelaki memang mudah lupakah dengan janji2 manis mereka?
Apa yang mampu arlisa bersabar yang akhirnya membuahkan hasil...
Benar...sebuah kebahagian hanya mampu dibina dengan rasa kesakitan dahulu...
Akhirnya mereka hidup bahagia dengan kenangan2 yang tak mampu dipadam lagi...
Aku pula bagaimana?
Aku rindukan gurauanmu dalam masa yang sama aku terlalu rasa terluka...
Kenapa tergamak kau sakiti aty aku...
Aku cuba mengumpul kekuatan seorang diri...
Tanpa penyokong dan pembangkang...
Jika akulah tulang rusuk kirimu...
1000tahun pown aku mampu tunggu sayang...
Wahai hati bersabarlah mungkin ini adalah dugaan sebelom mengecapi kebahagian yang pasti...

Selamat malam wahai jiwa yang ku rindui...
Wassalam...