PENGENDAP

Wednesday, 12 June 2013

..:: IRAMA DAN LAGU ::..

Tempat : kamarku
Suasana : bersedia melelapkan mata
Masa : 10.27 PM
Mood : Bersalah

Tak sangka aku makin mementingkan diri, membuat hati yang aku sayang sakit dan terus sakit....
tak mampu lagi aku nk luahkan rasa maaf mungkin sudah mangli dengan ucapan-ucapan tersebut.

Awak dengar lagu-lagu saya wall nihh moga buat awak kembali sejuk bersama saya...










semua lagu nihh ost dari BUNGA MERAH PUNYA.

Friday, 7 June 2013

..:: KETAHUI 3 NEGARA YANG BERBAHAYA UNTUK WANITA::..

Afghanistan





Sahar Gul, gadis diseksa suami
Pembuka tahun 2012, dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.

Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.

Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.

“Suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan lidahnya dikerat dengan playar,” kata jurucakap polis Baghlan.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.


Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.

Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.

Pakistan






Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban
Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.

Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.

Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.

Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.

Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.

Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

India



Jyoti adalah pelajar perubatan yang mati dirogol kumpulan lelaki
Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu.

Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.

Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.

Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.

Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.

Tahukah anda?
Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.

Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.

Keganasan terhadap wanita adalah satu daripada mekanisme sosial utama yang memaksa mereka berada pada kedudukan bawah golongan lelaki.

Pada tahun 1980, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat telah mengharamkan hak si suami melaksanakan hukuman fizikal terhadap isterinya.

Sementara itu, adat menghukum isteri yang diamalkan masyarakat Britain dengan penderaan sederhana agar si isteri rajin melakukan kerja telah disekat pada tahun 1891.

Friday, 31 May 2013

...:::BELAJAR SESUATU TENTANG PERASAAN:::...

Lagu : Pesanan Buat Kekasih-Spring
Mood : Letih
Status FB : I can go days without talking to you,
Months without seeing you, 
but not second goes by that I don't thing about you.

Masa : 10.57PM



       

      Menjejaki sesuatu perasaan yang HAMPA sungguh mnyakitkan. Hari ini aku dapat tahu sesuatu yang aku tumpang merasakan apa yang dia rasa. Kekasih yang dulunya dia sayang kini milik orang lain telah mengikatkan pertalian sah.

Patutkah aku rasa bahagia dengan kekecewaannya dan patutkah aku merasakan perasaan lega. Lelaki sememangnya dia tidak akan paparkan perasaan yang akan menjatuhkan EGOnya...

Perkembangan masing-masing hampir menamatkan satu tujuan yang sama. Aku perempuan aku juga takut akan perasaan tu, yang terpaksa melihat orang yang dulu aku pernah yang kini menamatkan waktu bujangnya.

Perlahan-lahan aku melayari pengalaman yang tiada noktah.





Sunday, 19 May 2013

...:::CORANG-CARING:::...

Tempat : Bilik Tumpangan
Lagu : ST12 (putin-putih melati)
Tema : Jiwa Kental

tak maw cakap banyak...aku nk upload pic ja ari nihhh....

MATAASHITA>>>>>











Thursday, 16 May 2013

...::: PENGUBAT:::...

Masa : 9.24 PM
Rasa : Gelisah
Lagu : Judika - Setengah Mati Merindu

Sesungguhnya aku langsung tidak pernah merancang untuk sesuatu yang aku inginkan. Hampir semua yang aku buat mesti ada sebab yang tak terjawab.

Kuasa bukan segala-galanya, jika tak mampu untuk mengawal pasti akan melalaikan lalu membuat kita akan tersasar pada jalan yang silap.

Wahai lelaki-lelaki Melayu sejati, sejatikan dirimu dan kentalkanlah jiwamu dengan godaan-godaan dari wanita-wanita indonesia. kekadang kecewa sangat dengan apa yang dah jadi dengan masyarakat melayu nihh. Butakah anda????


aku minat lagu-lagu dari indon ja tapi aku tak pernah langsung minat kat mamat indon... so jejaka melayu harap pikir dulu klu nk berlaku curang pada kekasih, tunang atau isteri anda.... Hal itu sangat memalukan...

mataashita>>>>>>>

Wednesday, 8 May 2013

...::PINJAMKAN AKU BAHUMU::...

Suasana : kegelapan dalam kesunyian
Lagu : Bunga Citra Lestari - Yang lalu biarkan berlalu
lokasi : Quartes Banai


Setiap insan pasti ada impian ada harapan yang ingin dicapai untuk melengkapi hidupnya sebagai manusia yang berpijak dibumi yang nyata ini. Sama seperti aku impian aku adalah perkahwinan yang indah. tapi tak semudah yang aku impikan...

aku tahu mungkin belom sampai tahap aku lagi tuk pikirkan semua memungkinan itu. tapi kenapa setiap impian aku impikan selalu terkubur begitu saja... kenapa...???

aku ingin berharap kau menjadi bahu tuk aku mengadu, menangis, dan melindungi aku jika aku dalam kesepian. biarpown aku digelar apa pown.


...:: LUKISAN HATI UNTUKMU ::...

Lagu : Cakra Khan - Harus Terpisah
Mood : Hatiku kental
Fikiran : Positif
Warna : Hijau Keamanan
Masa : 10.34 PM

Tatapan mata aku untuk melahirkan kerindunya ternyata gagal. Hanya terpancar dendam untuk membalas segala akibat. Terkadang aku tersasar dengan misi aku untuk menjadi kuat seperti pasir yang selalu dihempas ombak namun ternyata gagal lalu terhakis dengan deruannya.

Assalamualaikum insan tersayangku, mukadimah yang lahir dari hati ini mungkin membuatkan 1000 pertanyaan.
Dimana selama ini aku menghilang?
Adakah aku sudah jumpa kekuatan?
Kenapa semua harus terjadi?

Inilah kehidupan yang hakiki, aku dah boleh berjalan dengan langkahku sendiri iaitu selamanya aku hanya melangkah dengan pimpinannya.
MOVE ON NORAIN!!!! HE NOT EVERYTHING!!!!
Dia bukan segalanya.

Belajar dari kesilapan. Bertahan seperti lukisan.








Indahkan lukisan2 diatas. Semuanya membawa maksud sendiri dan fahami setiap apa yang pelukis ingin sampaikan kerana hidup ini ibarat lukisan.

Jika dibiar kosong dia xmembawa makna. Hanya tampil dinding buruk yang langsung tidak dihiraukan akan kewujudannya. Ingatlah bahawa apa berjadi sudah tertulis.


Selamat Malam.