PENGENDAP

Monday, 21 January 2013

KESAN BURUK PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK

KESAN BURUK PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK
Trend terkini remaja Malaysia adalah menghisap rokok elektronik sebagai usaha untuk berhenti merokok. Tetapi, tahukah anda rokok elektronik sebenarnya tidaklah begitu bagus untuk diamalkan?
VIENNA 4 Sept. - Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.
Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.
Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.
Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.
Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.
Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.
Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.
"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.
"Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya.

KEBAIKAN MEROKOK?

Pada kotak rokok (kecuali rokok seludup) akan ada tertera perkataan “Amaran Kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan” , gambar-gambar ngeriss seperti kaki, janin, mulut dan sebagainya. Perokok pasif iaitu orang yang tidak menghisap rokok tetapi menghidu bau asap rokok dari rakan, suami dan sebagainya juga terdedah kepada penyakit kanser, apa lagi yang menghisap rokok. Pendek kata,merokok adalah merbahaya kepada kesihatan.

Tetapi ada penyelidikan yang mutakhir mengatakan yang sebaliknya pula. Menghisap rokok digalakkan pula kerana menghisap rokok dikatakan menghisap rokok ada kebaikannya tersendiri. malah menurut kajian statistiknya ada hubungan positif antara menghisap rokok dan kehidupan kita.
Di sini, terdapat satu jurnal mengatakan bahawa ada 3 kebaikan menghisap rokok:
1. Awet Muda;
semakin banyak menghisap rokok semakin awet muda(ingat, hubungan positif tadi) Oleh kerana merokok mengganggu kesihatan, ada yang yang mengatakan sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua. Mati muda bererti awet muda.
2. Anti Rabies;
Rabies adalah penyakit yang boleh membawa maut akibat gigitan binatang seperti gigitan anjing. Dengan menghisap rokok kita dengan mudah dapat menghindari gigitan anjing.
Caranya;
Lari saja, dalam masa 2 atau 3 minit, kita dah semput dan tidak sengaja akan membongkok. Anjing tadi menyangka anda akan mengambil batu. Seperti yang diketahui, anjing takut kena baling batu, kemudian dia pun lari tak cukup tanah…
So…selamatlah kita dari rabies.
3. Anti Rompakan
Pencuri biasanya akan datang pada tengah malam atau awal pagi semasa kita dibuai mimpi. Ok, semasa pencuri datang di tengah malam.

Tetiba Kita ter UHUK… UHUK batuk dan batuk. Pencuri tadi mesti menyangka kita belum tidur.

Monday, 14 January 2013

..::DENDAM? HAPUSKANLAH....::..

Tempat : Opiz yang serabut
Suasana : baru lepas makan
Masa : 2.30 tengah hari
Mood : terkedu dengan sifat manusia




yeah tu dia aku datang lagi. entry apa yang bakal aku sajikan sebagai hidangan makan tengah hari korang ni?jangan diet2 ok...nanti kantoi.... :P

kali ni aku nak bercakap pasal dendam. ye dendam. dam dum dum bunyi mercun~~ lalalala~~ eh bukan masa nak menyanyi okeh. entry ni agak berunsur nasihat dan teguran untuk korang korang yang membaca dan juga untuk aku yang mengarang.

perlu diingatkan bahawa entry ni ditaip tanpa draft. hahahaha.. aku malas nak buat draft. jangan ikut perangai aku okeh? rajin rajinlah korang buat draft sebelum menaip entry. huhu..

dendam tu apa korang? perlu ke berdandandendam? apa kebaikan berdendam? apa effect dendam pada diri kita? ececeh dah macam fifi fairuz fuiyoh pulak aku ni. haha..

dendam ialah satu perasaan sakit hati yang keterlaluan kat seseorang. biasanya manusia berdendam bila ada suatu perkara terjadi, yang telah menimbulkan rasa tak puas hati dalam hatinya *ececehh ayat skema badutsss*


perlu ke berdendam? kalau korang tanya aku, aku kata tak perlu. sebab bagi aku dendam ni ibarat api yang kita sekamkan kat dalam timbunan jerami. makin lama, makin marak api tu.

sama jugaklah dengan dendam, makin lama kita biar dendam tu bermaharani bermaharajalela dalam hati kita, makin teruklah dendam kita tu. makin besarlah dendam kita terhadap orang yang kita dendamkan tu. eh, ayat belit belit.

dan effect dendam pada diri kita, kita akan jadi seorang yang tak pemaaf dan berkuranglah nilai nilai positif dalam diri kita.

bagi akulah kan. apa guna kita buat ibadah siang malam tak henti henti kalau dalam hati kita penuh dengan sifat dendam?

apa guna kita tuntut ilmu banyak banyak setinggi langit kalau perasaan dendam dalam diri kita tak mampu tundukkan?

tu cuma pendapat aku. huhu..

sedangkan nabi yang mulia tu pun ampunkan ummatnya, inikan kita yang hina ni.

maafkanlah kesalahan orang lain terhadap kita. tak payahlah nak berdendam mak andam bagai ni.



aku pernah dengar dr. fadzilah kamsah cakap macam ni,

dendam dan benci itu umpama magnet, makin banyak kita pendam dalam hati, makin banyak orang benci dan dendam pada kita.

same goes to love.

makin banyak rasa sayang yang kita semai, makin ramai yang sayang pada kita

so, korang pilihlah antara dua magnet tu. nak magnet sayang, atau magnet benci dan dendam. mana lebih bermanfaat?

buka buku baru dan lupakan sengketa lama. kan lebih rapat ukhuwah macam tu. aman dunia, tenang hati, khusyuk ibadah :)

tu jelah. renung renungkan dan selamat beramal kawan kawan.

adiossss... assalamualaikum..

p/s: kemaafan merupakan dendam yang terindah

Sunday, 13 January 2013

..::SIAPA PERLU DIPERSALAHKAN??? ::..

hari : ahad
waktu : 19:50
date : 13 jan 2013
Sekilas : cuba tanamkan benci utk tak mencintai dia
Didengar : surah yasin dibaca mak

TAMAN TABUNG HAJI (11 januari 2013)... Jumaat tepat pukul 1 pagi tergempar dengan kematian yang mengerikan yang melibatkan seorang remaja lewat 20an mati dengan keada tergantung dalam biliknya. Kejadian disedari oleh adik mangsa yang berumur awal 20an ketika ingin memasuki bilik abangnya untuk mengambil cas telefon bimbitnya. Kejadian disedari oleh adik mangsa ketika mengendap di tingkap dan didapati kaki dalam keadaan tergantung.

Lebih menyanyat hati mayat didapat sudah lebih 24jam dalam keadaam tergantung. Menurut sumber didapati bahawa mangsa berselisihan faham dengan adik-adiknya dan mngakibatkan pertengkaran kuat. Mangsa yang merupakan penganggur beberapa bulan mengalami masalah tekanan jiwa akibat pngambilan dadah dan juga putus tunang pada pertengahan tahun lepas.

Kematian difkalisikan sebagai kematian mengejut. Namun siasatan awal dapati latar belakang keluarga mangsa adalah keluarga bermasalah kerana bapa dan emak mangsa telah bercerai beberapa tahun lalu.

Bapa mangsa merupakan kaki perempuan kerana dapati telah berkahwin dan bercerai beberapa kali. Dalam hal yang terjadi ini siapa yang harus dipersalahkan dan pendidikan agama pada anak diusai muda amat penting untuk mengelakkn kejadian yang menyesal tak sudah ini berlaku...

Takziah diucapkan pada keluarga mangsa....

~~AL-FATIHAH~~

Tuesday, 8 January 2013

..::MIMPIKU HANYA MAMPU TERUKIR DIBINTANG::..

Masa : 19:54
Mood : kelu
Drama : setia hujung nyawa
Kesilapan : tertinggal ubat

Assalamualaikum sahabat yang aku sayangi sekalian...
Tahun nihh aku tak kuar ape2 entry lagi kt so sbb tu blog aku rasa mandom skit...

First semua sedia maklum sekarang dah tahun 2013...
Apa azam yang aku dh pahatkan dalam minda aku. Wahai kesedihan aku akan biarkan ia berlalu... Memang awal sukar namun ini mungkin petunjuk bahawa aku bukan miliknya.

Aku tahu dia sedang bahagia tanpa aku dan aku juga tumpang happy dengan keadaannya.

LANGKAWI?
Memang dia pergi tanpa aku dan dulu itu angan2 aku dan dia tuk jejakkan kaki sama2 kesana.
Namun dia dah langkah lebih awal. Mungkin aku bakal menyusul kemudian.

Aku telah lepaskan segalanya bagaikan mimpi yang tak mungkin mudah dipadam.

Aku hnya mampu melihat orang yang ku sayang bahagia sahaja. Dalam masa yang sama aku berusaha mencari kebahagian aku.

Semalam AJL siaran langsung dan aku tak sangka lagu aku dan dia menang dipentas AJL... Terukir dibintang...

Lagu itu ada spiritnya sendiri dan kalau nak taw lagu tu dipopularkan oleh yuna yang ketika itu dihatinya ada Q... Namun cinta mereka terputus dipertengahan jalan atas sebab JARAK.

Sama juga dalam situasi aku kan...
Dia pergi tinggalkan aku dan dia mungkin telah membenci aku.
Dalam tempoh yang lama aku cuba hidup tanpa dia. Aku yakin aku mampu...

*Lirik dan makna*
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu,
(harta dan wang ringgit aku tak mampu aku bagi)
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu,
(walau apa pown aku rela buat apa saja untuk mu)
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba,
(tidak aku katakan tidak akan semua kemahuan mu)
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia,
(aku akan bahagiakan mu semampu hidupku)

Dah2...cukup setakat ini...seolah2 aku cuba menikam hati aku sendiri...
Wat sakit hati saja...
Jadikan azam tahun baru ini realiti...

Doakan aku bahagia...amin......

Sunday, 16 December 2012

..::I'M LOST EVERYTHING::..

Lagu : pelamin anganku musnah
Tempat : rumahku syurgaku
Mood : hatiku matimu

aku sedar semua kesalah yang aku lakukan tak mungkin kembali normal... Alangkah baeknya apa yang terjadi sebagai mimpi ngeri aku saja...

Sekalip mata aku kehilangan cinta aku...aku kehilangan diriku...aku kehilangan semangatku...aku kehilangan masa depan aku... Dimana aku ingin mencari semuanya...

Aku memang kejam terhadap cinta aku... Aku tak mampu... Namun aku perlu tabah...

Seumur hidup aku...ini yang pertama aku ditinggalkan

Kenapa semua ini aku perlu hadapi...sesungguhnya aku amat setia hanya aku inginkan perhatian aku hanya ingin harapan... Namun kenapa semua ini harus terjadi...

Friday, 7 December 2012

WARKAH CINTA BERBAU SYURGA

SINOPSIS WARKAH CINTA BERBAU SYURGA



Amir Mukhlis adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya amat tinggi terhadap pelajaran.

Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya mempunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.

Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.

Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.

Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah.

Beberapa minggu sebelum Amir ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang tekun akan menyedarinya)

Beberapa tahun Wardah menggantung harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.

Bapanya memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa. Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar. Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.

Sebaik menerima berita perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk bersikap dengan lebih matang dan rasional.

Sewaktu Amir sedang meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras, dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di maahad dahulu.

Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.

Beberapa tahun berlalu dan pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu menyelesaikan kesemua masalah itu.

Dalam diam, Balqis meminati Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan baru dalam dirinya terhadap Balqis.

Amir pernah menyelamatkan Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi, semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.

Satu eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir, Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima Balqis dengan baik.

Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir, Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.

Hasrat Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis, tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.

Amir perlu membuatkan keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir menjalani pembedahan.

Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal dengan kebodohan sikapnya.

Amir menjalani pembedahan. Dia selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.

Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.

Sekian.