PENGENDAP

Sunday, 1 July 2012

..::NAK JADI LELAKI ROMENTIK TAK???::..

Setiap wanita mengimpikan seorang lelaki yang romantik. Seseorang yang boleh menjaganya dan seseorang yang boleh menjadi pelindungnya. Sebab itulah jika dilihat pada wayang dan kaca tv, ramai penerbit dan produser berlumba-lumba untuk membuat cerita tentang lelaki romantik.

Tetapi berapa ramaikah lelaki di yang luar sana betul-betul romantik yang menjadi idaman setiap para wanita? Atau mungkin ada di antara lelaki-lelaki ini tidak pandai menunjukkan sifat romantik mereka kepada wanita? Mungkin tips ini dapat membantu anda untuk menjadi lelaki yang romantik.

Tips Menjadi Lelaki Romantik :

1) Beri Bunga

Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perkahwenan, berilah hari-hari biasa pon takpe, janganlah bagi sampai sejambak, bagi sekuntum pon dah boleh membuatkan pasangan anda berasa di awang-awangan. Pasti senyum memanjang.

2) Ungkapkan Ucapan Sayang

Jangan pernah bosan untuk ungkapkan kata-kata sayang atau cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pon takpe, masih boleh sms, atau paling manis tulis saja di atas kertas, atau tisu dan letakkan saje di atas meja solek ke, tepi katil ke, atas bantal ke… Tak ke romantik tu namanya.

3) Pandang Mata Pasangan

Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandang lah dengan penuh kasih sayang.

4) Bicara Dengan Lembut

Berbicaralah dengan pasangan dengan kata-kata dan bahasa yang lembut. Dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda tu lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar, maka anda main lepas je nak cakap apa-apa. Tolong control emosi ketika berbicara ok.

5) Berpimpin Tangan

Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama.(suami isteri)

6) Sentiasa senyum

Sentiasalah mengukir senyum kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pon tak jadi bila tengok anda memberi senyuman manis memikat.

7) Pakaian sedondon

Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon ni seperti t-shirt. Tapi ada pasangan yang tak gemar memakai t-shirt, jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika pasangan memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt biru. Jika ada anak pon, pakaikanlah anak juga baju warna biru. Aduh, Sweetnya!

8) Kunjungi Tempat-Tempat Yang Romantik

Sesekali membawa pasangan pergi ke tempat-tempat peranginan pon apa salahnya. Contoh seperti di tepi pantai, atau di cameron highland ke. Bila tiba hari “anniversary”, apa salahnya anda membawa pasangan bercuti untuk honeymoon sekali lagi.

9) Memberi Kejutan

Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulang tahun perkahwinan. Contohnya anda telah menempah satu tempat makan ekslusif untuk pasangan manakala pasangan tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda membawanya ke situ dan di atas meja telah tersedia hadiah istimewa untuk pasangan. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik.

10) Memujuk

Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk yea. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak tau je, tiba-tiba esok jumpa buat macam takde apa-apa berlaku. Tak patut macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Pasti pasangan anda cair dibuatnya.

Ok, ini adalah antara tips yang boleh dipraktikkan oleh anda untuk menjadi lelaki romantik. DuniaMaskulin pasti ramai wanita yang mengimpikan ciri-ciri lelaki seperti yang tertera di atas. Wahai lelaki, ciri -ciri romantik sebenarnya lahir dari dalam jiwa dengan sendirinya tanpa ada apa-apa paksaan. Anda boleh merubah menjadi lebih baik tapi jangan terlalu memaksa diri dan jadilah diri anda sendiri. Jika pasangan anda betul-betul menyayangi anda, dia akan menerima seadanya apa adanya anda.

P/S : alangkah indahnya jika setiap lelaki mempunyai ciri-ciri seperti di atas kan..??

Saturday, 30 June 2012

..::MUSIM BOLA::..

Team : Espana
Masa : 9.40 pagi
Lokasi : HBAS


Assalamualaikum...
Sekian kalinya aku terlambat lagi nk update story aku... Maklum la...baru balik dari Krusus kt langkawi, banyak benda yang aku terlepas. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Maaf kalau buat ampa tertunggu, if xde owang nk baca blog aku nihh mmg aku x update dah tapi tiap ari ade jer yang buka blog aku baca apa yang aku tulis.

Skang nie musim Euro.. Mata aku pown dh jadi bola, padahal aku tak penah tunggu mngadap bola pown. Pape pown Espana tetap dihati.

Kemarin Rozita Cik Wan turun aneka siut!!! Gler...TOP gler aneka skang nihh...dengan berjersi Spain aku slamber jer...jalan naek aneka...terperasan byk btoi mata dowk usha(tgk) aku...
Dalam aty nie ku mcm nk tnya jer...nape? Ingt spain xleh menang ke malam nihh...hahahahaha...

Macamne la aku leh terpengaruh tahap max dgn euro nihh... Parah3.. Sampai tiap malam xde game pown aku akan terjaga tepat kul 2.30pagi...aduihhh.. Esok keje maw mngantuk jgk aku nanti...

Ari nie aku teman my BFF ambk darah... Nadya!! Aku doakan ang sihat setiap ari setiap masa dan setiap saat... Jangan sakit2 taw...nanti kalu ang sakit sape nk jaga abah ang sampai sihat... Aku harap ang sabaq byk2 dengan ujian yang ada nie k... Aku sentiasa ada...

Jangan lupa tgk bola Espana VS Italy... Klu spain menang aku jnji tiap ari aku update blog nihhh... Kalau aku senyap tak update2 blog nihhh maknanya spain kalah la tuhhh... Hahahahaha...

Saturday, 16 June 2012

..::KABUS PAGI::..

Lokasi : 110 TTH
Di baju : T-shirt BANDUNG
Di jari : Cincin (love me)
Mata : berair

Suatu kehidupan itu adil... Dimana ada kelebihan namun disitu juga mempunyai kekurangan.
Syukur aku masih disini, masih ada menghintung hari2 aku yang kian mencabar...
Aku dah makin dewasa... Dewasa aku dengan pngalaman, dewasa aku dengan kepedihan, dewasa aku dengan cacian, dewasa aku dengan hinaan.

Hidupku ibarat kabus pagi... Kedinginannya boleh terasa diawal pagi tatkala semua tak menghiraukan kehadiran kedinginannya...
Tapi pabila menjelangnya tengah hari terik... Kabus kian hilang dan pemanasan global makin dirasai sehingga kedinginan baru dicari2...

Apa aku perlu lakukan selain menunggu yang tak kunjung tiba...
Apa aku perlu buat jika hati merintih tak tahan seksaan jiwa...
Kabus itu cari dalam hilang.

Sunday, 10 June 2012

..::AKU SEORANG YANG GAGAL DIMATA MEREKA::..

Lagu : Zahid-Telah Kuberikan
Mood : Jiwang (Luahan Hati)
Fikiran : Positif
Warna : Puteh (Suci)

Assalamualaikum kepada insan yang aku sayangi. Untuk sekian kali, malam ini aku nak berceritakan soal hati.
Aku Norain Binti Zainudi. Lahir 01.10.1988. Horoscop aku LIBRA.

Sememang bintang LIBRA merupakan satu bintang yang cekal, yang gigih berusaha, sanggup menerima cabaran dan berfikiran kehadapan.

Namun aku adakah semua sifat tu?
Nampaknya diri aku sendiri gagal menjawabnya.
Kenapa aku selalu dibanding2 oleh mereka? Kenapa aku selalu menjadi yang terlemah diantara mereka.

Tolong anggapkan semua itu satu Ujian dariNya. Semua yang terjadi ada hikmahnya.
Soalan dari mulut mak tuk pertama kali ditujukan kt aku.

"Yakin ka, dia maw kat hang?"
-soalan tu memang ringkas...
Tetapi maksudnya sangat mendalam. Aku tahu mak tak maw aku sakit lagi sebab lelaki.
Mintak maaf mak... Noain belom ada jawapan tuk soalan mak tu...

Mak tak maw aku gagal macam anak2nya yang lepas... Aku dah berusaha dan aku dah bertawakal...
Selebihnya Allah Taala tunjukkan jalan yang terbaek...

Aku ada terbaca satu artikal luahan hati seorang lelaki yang baru putus cinta... Umo die muda lagi...
Punya syang kt awek mcm nk gila sampai dia langsung dh niat xmo cari yg laen...

Kenapa perlu seksa diri sampai macam tu... Klu pompuan aku xkesah nie lelaki.

Hidup aku memang aku yang corak... Tapi aku taw yang kadang kala corak yang aku cipta tu xseindah yang aku dowk bayangkan...
Aku nak dia tahu aku nie mempunyai perasaan macam orang laen...
Aku bukan robot yang dicipta oleh manusia tuk bahagiakan manusia tapi aku nie manusia dicipta untuk dibahagiakan juga oleh manusia.setiap patah perkataan aku memang tak de nilai tp setiap pengalaman aku sangat aku hargainya...

Tidur la...

Saturday, 9 June 2012

..::DATANGI SABAR HINDARI BARAN::..

Lokasi : 110 Taman Tabung Haji
Masa : 12.04 am
Lagu : Hyper act - Harapan
Mood : Kesihatan Tidak Mengizinkan

Assalamualaikum semua pembaca blog aku. Aku harap hampa semua sihat. Dengan kesihatan yang diberi... Bersyukur lah kita dengan kesejahteraan itu.

Aku dah 3 hari tak sihat tu yang tak tuleh pape nihh...
Macam2 yang terjadi dalam bulan rejab nihh.. Moga aku akan jadi lebih kuat dari sebelomnya...

Selesa ataw tak...aku tetap nak story jgk... Memang susah rupanya nak fahami seseorang yang kita tidak tahu setiap permasalahannya... Jangan terlalu bersifat menghukum...

Setiap baek buruk yang berlaku dikeliling aku... Aku nihh xsuka nk cite or bnding2 buruk baek owng laen... Better aku bagi contoh tu dari diri aku sendiri kan senang...

Aku ada 3owang kakak... Semua kakak aku, aku sayang... Depa nihh ada mcm2 perangai baek buruknya... Yang paling aku selalu belaga angin ialah kak aku no 2. Aku taw hidup die mmg rumit...tapi tak kan aku xleh nk tegur pape yang salah... Nampak memang ketara sangat... Sebab aku selalu gaduh dengan die sebab pendapat die aku xmo guna.. Nak pakai pendapat aku ja.. Die ja xopen banding kak aku yang laen... Kurang sabaq sikit die nihh... Yang paling tak best.. Xpenah nak backup aku langsung bila kantoi dgn mak abah... Yang xpuas aty... Tang die aku bleh cover plak... Xaci betoi...

Dia memang baran giler... Bape kali aku gaduh2 dgn die n last die yang teriak...
Dalam lubuk aty aku memang la asa bersalah gila... Tapi tak kan adik plak nk pujuk kakak kan...tak pa...lma2 dia ok la tu...
Auni yang aku selalu story n yang paling aku sayang tu...tu la anak die...hahahahaha...

Anak aku sayang tak kat mak die aku tak sayang cuma hidup nie tak semua sempurna...
Sebelom kesempurnaan tu datang sure yang tak elok tu dulu yang mai kan...so sabaq saja la...

Dunia zaman skang banyak sangat benda aku tengok dan fahami...
Setiap apa yang kita buat bukan dgn niat yang baek.. Allah taala akan bagi balasan dgn segera...
Cuma atas kita saja sedar ataw tidak dengan pembalasan tu...

Mungkin aku tak mampu nak bagi nasihat yang terbaek sbb aku pown xde baek mna cuma aku just nak beringat ja... Smua yang tertulis itu pasti...

Wassalam..
Gud nite...

Aku DIAM bukan bermakna aku tak boleh LAWAN cakap ang..aku SENYUM bukan bermakna aku RELA kena marah, kena caci atau kena maki dari ang..aku TUNDUK bukan bermakna aku KALAH..

>>> Tapi aku DIAM sebab aku tidak maw MENYAKITI HATI ang seperti mana ang lakukan pada kat aku..aku SENYUM sebab aku teringat NASIHAT MAK ABAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain..dan aku TUNDUK sebab aku YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama aku..hakikatnya aku jugak macam ang..ada hati dan perasaan (✿◠‿◠)

Tuesday, 5 June 2012

..::PERCUTIAN YANG INDAH::..

Lokasi : Homestay Pertama, Dungun
Siaran : Astro Ceria 611
Lagu : Jemmy Palikat-Anak Kampung
Masa : 11.35PM

Skang aku ada kt Dungun. Letih tu Massyaallah... Mmg xtaw nk habaq la... Tp best..

Jitra--> Bukit Mertajam--> Bukit Tinggi--> Dungun

Banyak benda aku nk story n nk upload pic... Tp sorry siyes letih giler...

baru aku perasan rupa2nya aku dah makin tembam... pic nie aku kat bukit tiNggi...xde la sejuk mana yang depa dowk heboh... pic nie paling aku suka coz dari jauh pasir memutih kan...

Friday, 1 June 2012

..::HIJAU DI TANGGAL 1 JUN 2012::..

Negeri : KEDAH DARUL AMAN
Waktu : 11:58PM
Lagu : Jerrypah-Aizat Amdan
Mood : Mengambil berat

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Malam yang indah ini aku nk kongsi la cerita terbaru. Semua warga kedah sure harap maklum 1 JUNE 2012... Himpunan hijau diadakan secara besar-besaran.

Sekali aku dengar kata2 seruan dlm laman sosial tuk berhimpun first aku ingat xla sebesar mana... Sekali aku buka fb td... TUDIA AMBEKAW!!!
Ramai gegiler manusia...

Aku xmo nk berkempen sgt coz aku sebenarnya PRO kerajaan... Pape pown memang aku tabit dengan PRO pembangkang nihh coz depa mmg stai kowt...

Sekali tengok depa berhimpun takut aku... Bukan takut sebab aku PRO kerajaan tapi takut pape kemalangan tak diingini jadi...
Isaw la...manusia bila diluar kawalan...nanti leh jadi macam2...

Pape pown aku ANAK JATI KEDAH... Sesapa pown pemimpinnya aku terima janji ditakbir dengan saksama...

Maybe akan cuti kejap dalam 2,3 ari coz ade trip dengan family aku...
Jejalan tenangkan otak..
So tunggu story aku lagi pas balik bercuti nanti...

HIDUP ANAK KEDAH!!!