PENGENDAP

Wednesday, 30 May 2012

..::SETIAP KESAKITAN ITU ADALAH PENGHAPUS DOSA::..

Lokasi : Hospital Jitra
Mood : Life must be go on
Lagu : Harapan - ost Seindah Sakura
Masa : 10:22am (jam ditangan)

Suasana sekeliling...

Kemana arah nak dituju???


Sekarang aku di hospital. Minggu nie saja dah 4x aku ulang ke hospital. Jangan isaw k...bukan aku yang sakit. Alhamdulillah aku masih sihat sejahtera hendaknya. Tujuan aku berulang alik ke hospital nie sebab memang tugas aku. Darah dan kes2 kecemasan kini dah jadi perkara biasa sekarang.

Setiap kesejahteraan kesihatan itu datang dari Allah Taala. Dulu aku kerap sakit2. Sampai setiap minggu sure kena demam or selesema. Kadang2 rasa down juga sebab aku nak life aku sama macam orang laen jgk.

Tapi lepas ku terbaca satu artikal yang berkait rapat pasal hidup dan mati baru aku tahu. Setiap kesakitan yang lahir setiap insan tu adalah salah satu cara Dia ingin menghapuskan dosa2 kita yang terdahulu...

Sedar atau tidak setiap dosa akan tercatat setiap hari... Namun kita tak pernah terlintas untuk memohon ampun. Dan dengan menganggung kesakitan itu adalah salah satu pengajaran kepada kita untuk menghargai kesihatan kita ketika sihat.

Hari aku bawa kak wa iaitu rakan sepejabat aku yang sering membawa pekerja2 ke wad kecemasan. HR? Dengar macam mudah untuk mnjalankan tugasnya. Tapi bila aku di HR hampir 4bulan baru aku taw. Berat jugak tugas aku kena pikul.


nie die jari lepas kena mesin...ngeri kan...
kes nie jadi minggu lepas..
aku sempat snap pic budak indon nie waktu dalam wad kecemasan...

Kena berhadapan dengan pekerja yang mempunyai pelbagai perwatakkan...pendek kata jari putuih HR kna jawab...
Kes duit ilang HR kena settlekan...

Nie bkn setakat jadi MISI sja nie.. POLIS pun aku kna rasa jd jgk...

Sesekali jangan mengeluh sebab ini tugas taw NORAIN...

Go go chaiyokk!!!

Friday, 25 May 2012

..::CINCIN KEMBALI DIJARINYA::..

Tempat : Katil Kosong
Suasana : Sunyi
Lagu : Never say never JB
Fikir : Esok cuti
Masa : 8.11pm

Hati ini masih menyimpul kata dan tanda tanya.
- Adakah aku masih dihargainya?
- Adakah aku masih miliknya?
- Masihkah dia menyanyangi aku?
- Adakah aku telah dimaafkannya?
- Masihkah tersimpan kenangan2 aku dan dia yang dulu?
- Bisakah aku dimaafi?
- Adakah aku masih dihatinya?

Sememangnya semua jawapan itu aku tiada jawapannya...
Namun hanya satu perkara yang aku terlihat dan akhirnya aku fahami serta mengetahui semua jawapan dari soalan tu.

Cincin keramat antara aku dan die telah tersarung semula di jari manisnya... Alangkah terharunya aku ketika melihat jari manis tersematnya sebentuk cincin yang dulunya aku dan dia memakai bersama2 mnjaganya seperti nyawa sendiri.

Dia telah menjalani kisah yang sangat duka bersama aku. Aku tahu hatinya masih sakit dengan sikapku. Namun aku bersyukur bahawa aku masih miliknya.

Cinta itu masih milik kita.

Thursday, 24 May 2012

..::HERO DATANG MENYELAMAT::..

Lokasi : Depan Tv
Mood : Gegiler
Filem : Aku Ada Kau Ada!!!
Masa : 9.14pm

Jam tepat pkul 6ptg. Aku mula angkat kaki untuk keluar beredar dari office. Lalu call die tuk jmpa sebelom die balik kampung bersama kawannya.

Nak dijadikan cerita...aku terlalu tergesa2 tuk mnjmputnya di workshop...coz die ckp die nk servis kete dulu seblom blik Selama, Perak...
Aku mula masuk ke simpang jalan berhadapan workshop yg die antar kete...than die n mmbr kmi msuk dlm kete trus ingin menuju ke tempat yg kmi rancang. Aku mngundur kete dgn gesa2... Tiba-tiba....

Dengan tiba-tiba..BOOM!!!

TUDIA...NIE YANG DAPAT...
HABIS DAH QETA AKU.... Seumur idup aku...nie kali pertama aku kemalangan...gilerrrr... Cuak gila aku. Than pak cik yg aku terlanggar td tuhh trus keluar dr kete..
Bapak...mmg kecut perut giler aku..nasib baek la die n mmbr die ada time tu...
Die settlekan dgn pakcik garang tuh..
Rasa umpana superman turun dari langit jer selamatkan aku..klau la time tu die xde..mcmne la aku kan..

Tq sangat2...
Dalam marah2 die tu aku taw die sebenarnya isaw sgt kt aku tuhh. Pape pown aku mntk maaf..aku bukan sngaja pown nk langgar kete pakcik tu..
Sayangku...thanx so much...;)

Wednesday, 23 May 2012

..::DOAKU::..

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Tuesday, 22 May 2012

..::JIKA AKU TULANG RUSUK KIRIMU::..

Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau buruk.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

Saturday, 19 May 2012

..::ISTILAH CANTIK DI MATA DIA::..




Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel kali ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.

Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.

Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.

Tetapi awas.

Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.

Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.

Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.

Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.

Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.

Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.

Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.

Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.

Kerana apa?

Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.

Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.



CANTIK

Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak.

Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?

Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.

Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.

Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.

Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.

Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.

Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.

Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.



MATANG

Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.

Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.

Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.

Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.

Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.

Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!

..::BERHATI TISU::..

Hari : Pada persandingan Along
Lagu : Suki_Terlalu Mencintaimu
Waktu : 8.45pm

Benarkah hatiku selembut tisu. Aku wujud untuk menghapuskan air mata insan laen. Sedangkan aku wujud untuk dimusnahkan hancur.

Aku call bercakap penuh kesungguhan mengambil berat insan yang aku cintai. Sudah cukup sudah membuatku hatiku hancur wahai sayangku.
Memang aku yang bersalah. Memang aku keseorang tanpamu. Tapi kenapa aku dihukum jiwa sehingga merana sampai begini.
Dulu kau wujud untuk menjadi kekuatanku.. Dan kini kau hanya menbenci aku kenapa sayang.

Wednesday, 16 May 2012

..::BELAJAR DARI KELEMAHAN DIRI::..



Movie : Azura 2012
Mood : Tenang
Visi : Memotivasikan Diri
Insan Tersayang : Auni Insyirah
Waktu : 22:06

Hari ini malas nak cite pasal sedih2 k...tapi tadi baru ja lepas layan movie AZURA 2012 sedey jgk la...dah2...sedey2 apa nihh...
segmen motivasi diri...Dulu aku cukup pandai bagi nasihat, pendapat, semangat kat owang yang bermasalah. tak kira la masalah tu dari segi masalah keluarga ka, duit ka, cinta ka or dll. aku semua pakar, tapi bila kena kat patang idung aku sendiri baru aku taw... hidup ini agak berat nak diteruskan...

but...life must be go on....
die dah leh idup tenang tanpa aku. aku tetap down nak seksa nape. klu betul die jodoh aku tak perlu aku nak kejar. aku dah berusaha. aku dah memohon maaf. aku dah mintak diberi peluang tapi semua tu langsung tak dihiraukan.

sekurang2nya aku tak lagi menyeksa perasaan insan ciptaan ilahi. ku taw dosa klu sakiti hati insan yang lemah tambah mak abah. sebab tu klu mak abah marah sekarang nie jalan terbaik masuk bilik dowk diam2. klu bersuara nanti melawan kan dah lukakan hati mak abah...

Norain dulu die kuat sangat walaupown keras kepala tapi hatinya lembut...
setiap insan kat dunia nie semuanya ada cita2, niat, dan hasrat. tapi terpulang jugak pada peluang dan kemampuan untuk mencapainya.

banyak lagi insan laen kt dunia nie nak idup senang tapi tak mampu nak idup senang. luaskan pemikran supaya kita boleh melihat lebih jauh dari itu.

..::SEPANJANG 10 HARI ++ TANPANYA::..

Hari Pertama***


Hari Ke-2***


Hari Ke-3***


Hari Ke-8***


Hari Ke-9***


Hari Ke-10***

Tuesday, 15 May 2012

..::JARIKU TERLUKA::..


Masa : 0.28 (time nie semua owang dah tido)
Siaran : HitzTV
Mood : Baru sudah teriak

Hari nie aku wat rajin nak kemas satu opiz dgn plan layout hasil ciptaan aku sendiri... aku tak sangka tetiba pisau yang ku guna untuk "melepeaqkan"(padatkan) kotak terkena la plak jari hantu aku....

Siyes tak sakit langsung kowt (jgn bangganya)... maybe hati aku sakit lebih jari aku skang nie kn...
Pape pown aku still mengharap die maafkan aku coz aku tak maw 2 taun ku korban hati aku tuk die semuanya sia2...

Aku tahu die jugak sayang aku juz aty die keras sangat nak jer suoh ADIRA AF9 nyanyi lagu ombak rindu kat tlinga die..."TUHAN TOLONG LEMBUTKAN HATI DIA"....
It's okey I won't giveup!!!

WAHAI CINTAKU
Suara dengarkan lah luahan hati…
merdu ditatap...
namun yang hadir sumbang...
adakah kau masih sudi mendengarkannya..
Tiada lagi penawar dihati..
hnya dirimu yg ku nanti…
pergi itu hanya kata-kata..
tapi yang hadir itu ungkapan...
tetap ku terimanya…
mengadu pada yang sudi mendengar…
berbisik pada yang ingin meluah…
masih terdiam atau masih terpegun…
ungkapan ...

Terima kasih wahai memori.

Mood : Sedey
Lagu : Shila Majid (memori)
Makanan : Nasi Goreng mak masak
Lokasi : Ofis (JTK)

Hari nie hari terakhir ain kat JTK, macam² memori ain dapat, first time ain jejak kaki kat sini, asa macam semua orang kat sini sombong n belagak...

Tapi bila dah lepas seminggu kt sini ain dah dpt kawan... larat nk dowk cangat sowang²... bosang kowt...kawan ain yg awal² ain tegur(wat² ramah)ialah KU AFFWAN BT KU JOHARI...pergghhh....ingt nma pnjang tuhh...

Awal² tgur die bajet macam die budak² g la....kononnya ain nie tua dari die la...tp bila tnya² upaya kami sama umuq ja...
die suoh ain pnggil die WAN jer...
best kwn dgn wan...

Lepas kenal WAN, wan kenalkn ain kt anie
Sebelom kenal anie, ain ingt die mmg jenis pendiam coz bila ain tgk die xtegur ain pown just balas senyuman jer...
tapi bila dah kenal betul²...wahhh ramah die sama naek jer dgn ain....

Memori kat JTK nie macam² ain dpt...ya la...sebelom nie xpnah keje kt sektor GOV...bila keje kt sini..kesimpulannya sangat berbeza dgn kerja kt sektor swasta...

Ain kt sini...macam ain blajar benda baru... ain ada abang...ada kakak...ada adik... pendek kata complet 1 family bahagia la...


See...look like happy family kan....

Time nie kononnya nk lepaking jer n snap pic suka²... AMAR la juru foto yg agak PRO la...hehehe...

Tu diowang xtaw lg ain nie sebenaqnya gila posing yg tegar....tp cover² la...hehehehe...

Monday, 14 May 2012

.::AKU INGIN BERHENTI MENANGIS::..


Lagu pertama yang dia tujukan untukku adalah Istimewa-Indigo, seni katanya membuat aku rasa begitu dihargai sebagai wanita yang disayangi sepenuh hatinya...
namun die makin melupai kata2 lirik yang die hampir abaikan setiap kata2 yang ada dalam lagu tu...

Saturday, 12 May 2012

Jika diberikan ku satu peluang

Lokasi : HBAS
Masa : 10.04am
Feel : Insaf
Majalah : Remaja
Lirik : Jika diberikan ku satu peluang

Jika diberikan ku satu peluang
Apa yang aku impikan
Pulihkan segala kesilapan
Jika diberikan ku satu peluang
Kembali ke masa silam
Kan ku pilih tarikh kita dulu

Bagai dijanjikan
Pertemuan singkat waktu itu
Bagai dituliskan
Kesetiaanmu

Pernah dulu ku sebutkannya
Pernah dulu ku ingkarinya
Bukan bermaksud
Melukakan hatimu
Ku lakukannya untuk kita
Ku lakukannya demi cinta
Bukan bermaksud
Maafkan diriku

Jika diberikan ku satu peluang
Apa yang aku impikan
Diriku dirimu dulu
Jika diberikan ku satu peluang
Tembusi masa depanku
Kan ku suluh tiga tahun dari situ

Saatnya terhenti
Seketika kau terima lafaznya
Saatnya ku nanti
Dikau bahagia


*akumasihkanmengharappeluangdarimu*

.....EGOmu adalah KASIH SAYANG untukku.....




Mood : sedey
Lokasi : dalam bilik
Lagu : Nirwana band-sudah cukup sudah
Majalah : Mingguan Wanita
Masa : 4.32pm

Aku terlalu sayangkan die. Sudah genap seminggu die buang aku dlm idup die. Memang ternyata die terlalu bencikan aku. Hidup umpama satu kisah drama tapi bezanya adalah drama selalu berakhir dgn kebahagian tapi kenapa drama idup aku berakhir dgn kesedihan, kekecewaan. Tiada tempat aku nk berkongsi susah senang idupku kecuali die. Tapi die semakin tenang tanpa aku disisi. Ya Allah Ya Tuhanku...

”Sekiranya dia ditakdirkan untukku dan aku ditakdirkan untuknya, maka peliharalah kami dalam batas-batas syariat, sekiranya dia tidak ditakdirkan untukku dan aku tidak ditakdirkan untuknya maka jauhilah diriku daripada memikirkannya dan jauhilah dirinya daripada memikirkanku.”

Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang telah terjadi antara aku dan die...

Friday, 11 May 2012

.....MAAFKAN AKU.....




~✿>> Ungkapan MAAF mampu MENYEJUKKAN HATI yang sedang panas..mampu MENDAMAIKAN JIWA yang sedang resah gelisah..mampu MENGHILANGKAN segala rasa tidak puas hati, segala marah yang terbuku di kalbu..kemudian akan HILANG, insyaAllah..

Jadilah insan yang PEMAAF bagaikan baginda Rasulullah SAW, BELAJARLAH untuk menjadi orang yang TERLEBIH DAHULU memohon maaf walau bukan diri yang bersalah, belajarlah untuk menjadi insan yang sentiasa MERENDAH DIRI..

p/s : Saya minta maaf..untuk mereka-mereka yang pernah saya TERGURISKAN HATI, TERKASAR BICARA, TIDAK TERTUNAI HAK-HAK sebagai saudara seagama..maafkan saya yang HINA dan LEMAH ini..

Dan insyaAllah, segala bentuk kesalahan yang pernah dilakukan pada saya, dengan rasa rendah dirinya, saya MAAFKAN..saya manusia biasa, yang SENTIASA melakukan salah dan silap..dengan Allah pun selalu buat silap apatah lagi dengan manusia biasakan? Tapi saya CUBA, cuba menjadi insan yang LEBIH BAIK dari hari sebelumnya, biiznillah..♥♥

:: JANGAN LUPA yang kita kena selalu MINTA MAAF DENGAN ALLAH ::